Page 66 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 66

berkenaan    dalam  tempoh  enam  bulan  dari  tarikh  surat  pemberitahuan  keputusan
                          peperiksaannya.

                   (6)    Rayuan  calon  akan  dikaji  oleh  Timbalan  Naib  Canselor  yang  berkenaan  bersama    Dekan
                          Institut  Pengajian  Siswazah  atau  mana-mana  pegawai  sepertimana  yang  ditetapkan  oleh
                          Universiti.  Sekiranya  rayuan  calon  tidak  wajar  dipertimbangkan,  calon  akan  dimaklumkan
                          bahawa  rayuannya  tidak  diluluskan.  Sekiranya  rayuan  calon  wajar  dipertimbangkan,
                          Timbalan  Naib  Canselor  akan  mengemukakan  rayuan  tersebut  kepada  Senat  untuk
                          dipertimbangkan sama ada—

                          (a)    keputusan Jawatankuasa Pemeriksa asal dikekalkan;

                          (b)    pemeriksa tambahan dilantik untuk memeriksa tesis calon; atau

                          (c)    suatu  Jawatankuasa  Pemeriksa  baru  dilantik  untuk  mengkaji  keputusan  calon  dan
                                 mengemukakan perakuannya kepada Senat.

                   (7)    Calon  program  pengajian  Ijazah  secara  Kursus  dan  Penyelidikan  yang  telah  gagal
                          peperiksaan bagi komponen kursus dan tidak berpuashati dengan keputusan tersebut boleh
                          mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Dekan Fakulti dalam tempoh satu bulan dari
                          tarikh  pengumuman  rasmi  keputusan  peperiksaan.  Bagi  maksud  perenggan  ini,  “tarikh
                          pengumuman rasmi” hendaklah tarikh yang tercatat dalam slip keputusan peperiksaan yang
                          dihantar kepada calon.

                   (8)    Dekan  Fakulti,  berdasarkan  perakuan  Fakulti  akan  mengemukakan  rayuan  calon  kepada
                          Senat untuk kelulusan.

                                                      BAHAGIAN XI
                                KEMASUKAN SEMULA KE PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH

            41.    Kemasukan semula ke program pengajian Ijazah

                   (1)    Calon  yang  telah  menarik  diri  dari  program  pengajian  Ijazah  boleh  memohon  untuk
                          dipertimbangkan  masuk  ke  program  pengajian  Ijazah  atau  mana-mana  program  pengajian
                          ijazah tinggi lain di Universiti.

                   (2)    Calon yang telah luput pencalonannya kerana gagal memperbaharui pencalonan atau telah
                          melampaui  tempoh  maksimum  pencalonan  boleh  memohon  untuk  dipertimbangkan  masuk
                          semula ke program pengajian Ijazah tertakluk kepada syarat ia mengikuti pengajian dalam
                          bidang yang berlainan dan diselia oleh penyelia yang berlainan.

                   (3)    Calon yang ditamatkan pengajian kerana gagal dalam peperiksaan atau atas alasan selain
                          daripada gagal dalam peperiksaan tidak boleh diterima masuk semula ke program pengajian
                          Ijazah atau mana-mana program pengajian ijazah tinggi lain Universiti.


                                                      BAHAGIAN XII
                                                           AM

            42.    Kuasa Senat

                   Senat  mempunyai  kuasa  untuk  membuat,  membatal  atau  meminda  mana-mana  peraturan  yang
                   menguasai program pengajian Ijazah sepertimana yang diperuntukkan di dalam Peraturan-Peraturan
                   ini.  Mana-mana  peraturan  baru,  pembatalan  atau  pindaan  kepada  peraturan-peraturan  tersebut
                   hendaklah diumumkan kepada calon sebelum mulanya sesi akademik calon berkenaan.


            43.    Mengaudit kursus




                                                                                                           65
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71