Page 141 - Buku_Panduan_Program_SME_Versi BM_Sesi_20172018
P. 141
ANUGERAH PELAJAR
HADIAH BUKU UNIVERSITI
Dianugerahkan kepada pelajar yang telah tamat program pengajian Ijazah Sarjana Muda
dengan mendapat Ijazah Kepujian (Dengan Cemerlang) dan memperolehi PNGK 3.7 ke atas.
HADIAH PERINGATAN HARCHARAN SINGH KHERA
Dianugerahkan kepada pelajar terbaik dalam Peperiksaan Akhir Ijazah Sarjana Muda
Ekonomi bagi jurusan Ekonomi Monetari & Kewangan atau Ijazah Sarjana Muda Ekonomi
bagi jurusan Ekonomi Antarabangsa berupa buku bernilai RM200.00.
HADIAH PERINGATAN DOH DAIK SENG
Dianugerahkan kepada pelajar terbaik dalam Peperiksaan Akhir Ijazah Sarjana Muda
Ekonomi bagi jurusan Pentadbiran Awam atau Ijazah Sarjana Muda Ekonomi bagi jurusan
Pengurusan Sumber Manusia atau Ijazah Sarjana Muda Ekonomi bagi jurusan Ekonomi
Politik berupa buku bernilai RM200.00.
HADIAH PENCAPAIAN CIMB
Dianugerahkan kepada dua (2) pelajar tahun tiga, program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi
yang telah menyempurnakan lima semester dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
minimum 3.30 serta aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan/atau aktiviti kemasyarakatan.
Hadiah kepada penerima adalah dalam bentuk wang tunai RM700.00 seorang serta tawaran
penempatan untuk menjalankan Latihan Industri di CIMB Group Holding Berhad.
133