Page 22 - Memori_APIUM_Baharu
P. 22
22 SEINDAH BUDI SEHARUM JASA: MEMORI AKADEMI PENGAJIAN
ISLAM UNIVERSITI MALAYA SETENGAH ABAD
Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan satu rang undang-undang iaitu Enakmen
Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Bil. 9 Tahun 1968 pada 10 Oktober 1968 atas kelulusan
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan. Melalui enakmen ini turut diisytiharkan Pusat
Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) telah diubah kepada Yayasan Pengajian Tinggi Islam
Kelantan (YPTIK) Nilam Puri.
Kerajaan Negeri Kelantan hanya memperakui dan mengiktiraf YPTIK sebagai sebuah Badan
Berkanun dalam tahun 1977 di atas nama Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan sepertimana
surat SUK (KN) 137/76/ (3) yang bertarikh 1 Februari 1977 dan surat SUK (KN) 137/76/ (7) yang
bertarikh 20 Februari 1977.
Sumber: Koleksi Peribadi MKAM