Page 185 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 185
Matlamat Program
Untuk menghasilkan graduan celang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pengurusan
Muamalat, mempunyai nilai etika yang tinggi serta mampu menyumbang kepada pembangunan nasional dan global.
Hasil Pembelajaran Program
Pada akhir program Sarjana Muda Pengurusan Muamalat, graduan dapat:
PO1 Menunjukkan kefahaman dan pengetahuan tentang prinsip, konsep, norma dan teori utama berkaitan
muamalat.
PO2 Menggunakan kemahiran kuantitatif dan kualitatif dalam menganalisis isu-isu pengurusan muamalat.
PO3 Mempamerkan kemahiran sosial dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan alam sekitar.
PO4 Mengamalkan nilai beretika, profesionalisme dan integriti dalam membantu klien dan pihak-pihak yang
berkepentingan dalam bidang pengurusan muamalat.
PO5 Menggunakan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan mempunyai kemahiran kepimpinan
dengan pelanggan.
PO6 Menggunakan kemahiran saintifik dalam pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah berkaitan
isu-isu pengurusan muamalat.
PO7 Menguasai kemahiran pengurusan maklumat dan mengadaptasinya dalam pembelajaran sepanjang
hayat.
PO8 Mengaplikasikan kemahiran pengurusan dan keusahawanan dalam organisasi.
185