Page 98 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 98
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
IIH3001 PEMBANGUNAN SAINS, TEKNOLOGI DAN ASTRONOMI DALAM ISLAM (BM)
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada takrif dan asas pembangunan sains, teknologi dan
astronomi Islam seterusnya menjelaskan faktor-faktor pembangunan sains, teknologi dan
astronomi Islam pada zaman kegemilangan tamadun Islam. Akhirnya, pelajar didedahkan
dengan hubungkait pembangunan sains, teknologi dan astronomi Islam masakini dan
permasalahannya.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menilai kepentingan pembangunan sains, teknologi dan astronomi Islam dalam
memajukan negara dari pelbagai sudut.
2. Menghubungkaitkan asas-asas dan faktor-faktor pembangunan sains, teknologi
dengan astronomi Islam dalam sesebuah tamadun.
3. Mampu mengaplikasikan pembangunan sains, teknologi dan astronomi Islam dalam
dunia masakini.
Rujukan
1. Islam’s Quantum Question : Recounciling Muslim Tradition and Modern Science, Nidhal
Guessoum, 2011, I.B Tauris and Co Ltd, New York.
2. Kesepaduan Agama dan Sains, Ed. Pisol Maidin (2011), Pusat Penerbitan Universiti,
UiTM, Selangor
3. Islam dan Sains dalam Pembangunan Tamadun, Azizan Baharuddin & Shamsuddin
Moner El-Askarey (ed), (2010),Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia & Pusat Dialog
Peradaban Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
4. Konsep dan Pelaksanaan Pembangunan Berteraskan Islam, Muhammad Syukri Salleh
(1990), Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia
5. Ilias M. Fernini, “Astronomy at the Service of the Islamic Society”, The Role of
Astronomy in Society and Culture Proceedings IAU Symposium No. 260, International
Astronomical Union 2011.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Etika dan Moral Profesional
3. Kemahiran Kepimpinan
SIF1007 BAHASA KOMPUTER (BI)
Pengenalan kepada C++, Pembolehubah, Pernyataan umpukan, Pemalar, Operator dan
ungkapan aritmetik, Integer dan pembahagian titik terapung, Operator tokokan dan susutan,
Konsol masukan/keluaran, Perpustakaan dan ruang nama, Ungkapan Boolean, Mekanisme
cabang, Gelung, Pengenalan kepada tatasusunan
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menunjukkan kekompetenan dalam satu bahasa pemprograman terpilih
2. Menulis program mudah
3. Mengaplikasikan bahasa komputer dalam astronomi.
Rujukan
1. S. Koonin & D. Meredith, Computational Physics (Westview Press 1998)
98