Page 5 - index
P. 5

Amanat Naib Canselor 2017 O 5




Tiada Universiti jika tiada
MAHASISWA. Melunaskan
tanggungjawab melahirkan
mahasiswa yang holistik dan
berdaya saing terus menjadi
keutamaan Universiti Malaya.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni terus menjadi
pemudah cara kepada
mahasiswa dalam membantu
mereka menjalani kehidupan
di kampus. Pelbagai inisiatif
telah dijalankan oleh HEPA
demi memastikan kebajikan
mahasiswa terus terpelihara.
Melalui agihan zakat, tabung
kebajikan pelajar, bantuan
biasiswa dan pinjaman,
mahasiswa yang kurang
berkemampuan terus dibantu.
Penubuhan konsortium
Kolej-kolej Kediaman yang
saya lihat sebagai satu
elemen keserakanan
dan kebersamaan telah
meningkatkan kualiti
prasarana yang diberikan
kepada pelajar. Usaha
akan diperhebatkan untuk
menaiktaraf kolej kediaman
melalui konsortium ini.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10