Page 15 - Booklet_UM ASASI_Bahasa_100220_(3)
P. 15
SUKAN & REKREASI
Universiti Malaya mempunyai kemudahan
sukan dan rekreasi indoor dan outdoor
yang dapat memenuhi keperluan komuniti
kampus. Jika anda minat bersukan, UM
mempunyai kolam renang bersaiz olimpik,
trek joging, padang bola sepak dan ragbi,
gelanggang tenis dan bola keranjang,
gimnasium, dan stadium.
KLINIK KESIHATAN PELAJAR
Menyediakan perkhidmatan dan
kemudahan berikut:
• Pemeriksaan darah dan suntikan
• Perundingan dan pemeriksaan
• Pemeriksaan elektrokardiogram &
kesihatan
• Laporan perubatan & rawatan
• Rujukan & kemasukan ke hospital
kerajaan
KAFE & MEDAN SELERA
Universiti Malaya mempunyai banyak
kafe dan medan selera yang anda boleh
kunjungi. Sekiranya anda mencari
kelainan, anda boleh mengunjungi kedai
makanan berdekatan seperti Subway, KFC,
McDonald’s dan lain-lain yang jaraknya
kurang dari 15 minit daripada kampus.
Selain itu, anda juga boleh memesan
makanan dengan menggunakan aplikasi
Foodpanda dan GrabFood kerana
terdapat banyak restoran yang membuat
penghantaran terus ke kampus.