Page 3 - Foundation Programmes 2023/2024 (Malaysian)
P. 3

6 SEBAB ASASI

                                        UNIVERSITI MALAYA

                                        MENJADI PILIHAN




                                            UNIVERSITI NO.1 DI MALAYSIA
                                             Program Asasi adalah sepenuhnya di bawah kelolaan
                                             Universiti Malaya yang merupakan universiti tertua dan
                                             terunggul di negara serta merupakan antara yang
                                             terbaik di dunia.



                                             AHLI AKADEMIK
                                             BERKELAYAKAN TINGGI
                                             Kakitangan akademik yang berkelayakan Ijazah
                                             Kedoktoran dengan kepakaran, kemahiran dan
                                             pengalaman dalam pelbagai bidang.



                                             PROGRAM AKADEMIK YANG
                                             KOMPREHENSIF
                                             Menawarkan enam buah program yang dibangunkan
                                             khas sebagai akses ke peringkat pengajian Ijazah
                                             Sarjana Muda di Universiti Malaya dan Institusi
                                             Pengajian Tinggi yang lain.



                                            BANTUAN KEWANGAN
                                             Ditawarkan oleh Kementerian  Pendidikan Tinggi
                                             Malaysia kepada pelajar – pelajar yang pendapatan isi
                                             rumah RM10,959 ke bawah tertakluk kepada kelulusan.



                                             PERSEKITARAN PENGAJARAN &
                                             PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
                                             Mempunyai dua buah kampus pengajian yang terletak
                                             di lokasi yang strategik, setiap lokasi mempunyai akses
                                             kepada kemudahan yang kondusif seperti makmal
                                             pengajaran yang lengkap dan berteknologi tinggi.



                                            LALUAN KHAS KE UNIVERSITI MALAYA
                                             Berpeluang mendapat keutamaan untuk melanjutkan
                                             pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di
                                             Universiti Malaya.









                                                                                Program Asasi Universiti Malaya  3
   1   2   3   4   5   6   7   8