Page 112 - Buletin Bulan Mac-April Terbit 2024
P. 112

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
                PROFIL PROFESOR ADJUNG DATUK DR. SABIRIN BIN JA’AFAR

                                 Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
                               Oleh: Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi


         Datuk Dr. Sabirin bin Ja’afar, anak kelahiran Kampung Ramuan China
         Besar, Masjid Tanah, Melaka, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif
         (CEO), Asia Pacific Maritime Academy Sdn Bhd. Beliau mendapat
         pendidikan awal di sekolah rendah kebangsaan dan agama pada
         tahun 1970 hingga 1975, dan meneruskan pendidikan di Sekolah
         Menengah Sains Melaka (kini Sekolah Menengah Muzaffar Syah)
         sehingga tahun 1980. Beliau merupakan kumpulan pelajar sulung di
         sekolah tersebut sebelum menyambung ke tingkatan enam di Sekolah
         Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban sehingga tahun 1982.
         Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran Sarjana Muda Undang-
         Undang (LLB) (1983 – 1987), di Universiti Islam Antarabangsa
         Malaysia pada awal pembukaan universiti tersebut.

         Beliau memiliki Ijazah Sarjana Undang-Undang Maritim dari Universiti
         Cardiff, Wales pada 1998. Pada 2002, beliau dianugerahkan Biasiswa
         Chevening oleh Kerajaan Britain untuk melanjutkan pengajian Doktor
         Falsafah (PhD) dalam Pengajian Maritim di Greenwich Maritime
         Institute,  London.  Beliau  berpengalaman     dalam    perkhidmatan
         kehakiman dan perundangan sebagai Majistret, Penolong Kanan
         Pendaftar, dan Timbalan Pendaftar di Mahkamah Tinggi di Kuala
         Lumpur serta Georgetown. Beliau pernah menjadi Ketua Bahagian
         Penyelidikan Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Hakim
         Mahkamah Sesyen, selanjutnya sebagai Pegawai Khas kepada Yang
         Amat Arif Tun Mohamed Dzaiddin Haji Abdullah, Ketua Hakim Negara.

















         Di Jabatan Peguam Negara, Datuk Dr. Sabirin berpengalaman sebagai Timbalan Pendakwa
         Raya, Peguam Kanan Persekutuan di Bahagian Antarabangsa dan Penasihat, Penasihat
         Undang- Undang di Kementerian Pertahanan, Pengarah Undang-Undang dan Siasatan di Agensi
         Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pengurus Undang-Undang dan Pentadbiran di Pihak
         Berkuasa Bersama Malaysia–Thailand (MTJA) sebelum mengambil keputusan bersara pilihan
         pada 2011. Semasa dalam perkhidmatan awam, beliau diterima masuk dan didaftarkan sebagai
         peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya pada Julai 1996. Selepas bersara
         pilihan, Datuk Dr. Sabirin menyertai dunia akademik sebagai Profesor Undang-Undang
         Perniagaan dan Etika, di Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim, Universiti Teknologi
         Malaysia (2011 – 2014). Pada November 2014, beliau dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang
         di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Johor untuk tempoh dua
         tahun. Setelah tamat kontrak perkhidmatan di Badan Kehakiman, Datuk Dr. Sabirin telah
         mengamal undang-undang sebagai peguam dan rakan kongsi firma guaman Abdul Raman Saad
         & Partners di Johor Bahru pada tahun 2017

         Antara tahun 2018-2021, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pencegahan
         Keganasan (POTA), Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB),
         Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negara Melaka (PKNM), dan Adjunct Professor
         IKMAS, UKM. Pada Julai 2020 hingga 2023, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Institut
         Maritim Malaysia (MIMA) sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia, dan
         Ahli Lembaga Pengarah Perlindungan & Imdemniti Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat insurans
         marin milik kerajaan. Beliau sering terlibat dalam pembentangan kertas kerja di pelbagai seminar
         dan persidangan di dalam dan di luar negara, antaranya seperti di Riphah University, Islamabad,
         Pakistan; Tokai University, Tokyo, Jepun; di Berlin; dan Switzerland. Antara anugerah yang telah
         diterima ialah Pengurniaan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran “Datuk”
         pada Oktober 2015. Selain Ketua Pegawai Eksekutif APMA Sdn Bhd, sebuah syarikat yang
         memfokuskan aktivitinya dalam latihan perantisan pelabuhan dan perkapalan beliau juga
         Profesor Adjung, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (mulai Mac 2024), Profesor
         Adjung, Institut Malaysia dan Antarabangsa, UKM (2022-2024; 2024-2026) dan Ahli Lembaga
                                                                                                 112
         Pengarah bebas, Perlindungan dan Indemniti (Msia) Sdn Bhd (mulai 2023).
   107   108   109   110   111   112   113   114