Page 3 - Buletin Bulan Mac-April Terbit 2024
P. 3

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU


           KATA ALU-ALUAN












                                                        DEKAN APM

            Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya,
            kita dapat menerbitkan buletin bulanan untuk edisi kedua, Mac-April 2024. Pelan strategik
            pengajian Melayu 2024-2025 ini merupakan satu manifestasi untuk membangunkan
            pengajian Melayu ke arah pengetahuan yang unggul. Dalam hal ini, tumpuan bukan sahaja
            diberikan untuk kecemerlangan bakat, tetapi juga bagi mewujudkan persekitaran yang
            kondusif bagi melestarikan keberhasilan yang akan memberi faedah kepada pendidikan
            tinggi.

            Untuk mencapai sasaran ini, setiap pihak perlu mengamalkan piawaian kualiti dalaman
            berkaitan dengan keupayaan, kebolehan dan potensi diri supaya diiktiraf dan dihormati.
            Selain itu, aspek kebersamaan yang harmoni dan produktif juga penting bagi mencapai hasil
            yang bermanfaat dan berimpak tinggi. Dengan adanya piawai kualiti secara berterusan,
            pencapaian etika profesionalisme akan meningkat.

            Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah berganding
            bahu menyumbang tenaga bagi menjayakan buletin ini. Terima kasih.

            Prof. Madya Dr. Sabzali Musa Kahn
            Dekan
            Akademi Pengajian Melayu
            Universiti Malaya





                                            TIMBALAN DEKAN

              (IJAZAH TINGGI, PENYELIDIKAN DAN INOVASI)


          Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan
          kehadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya diberikan kesempatan kepada saya untuk
          menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan e-Buletin bulanan APM ini. Syabas dan
          tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah menunjukkan komitmen bagi menjayakan
          penerbitan e-Buletin edisi kedua (Mac-April) tahun 2024 ini.


          Penerbitan e-Buletin bulanan APM ini bertujuan untuk mendokumentasikan kegiatan dan
          aktiviti staf Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada setiap bulan. E-Buletin ini
          merupakan satu dokumen berharga pada masa akan datang bagi melihat kemajuan serta
          perkembangan yang telah dicapai oleh staf Akademi Pengajian Melayu.


          Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi serta semua pihak yang telah
          berusaha gigih bagi merealisasikan penerbitan e-Buletin ini. Sekian, terima kasih.







          Prof. Madya Dr. Indirawati Zahid
          Timbalan Dekan
          Ijazah Tinggi, Penyelidikan dan Inovasi
          Akademi Pengajian Melayu
          Universiti Malaya




                                                                                                   3
   1   2   3   4   5   6   7   8