Page 40 - Buletin Bulan Mac-April Terbit 2024
P. 40
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
BENGKEL HALA TUJU JURNAL PENGAJIAN MELAYU (JOMAS)
KE INDEKS SCOPUS
Bahagian Ijazah Tinggi, Penyelidikan dan Inovasi telah menganjurkan bengkel ini
pada 2 Mac 2024. Bengkel ini telah melibatkan seluruh sidang editorial Jurnal
Pengajian Melayu (JOMAS) dan Jurnal Melayu Sedunia. Bengkel ini adalah salah
satu usaha bagi persediaan ke arah menjadikan kedua-dua jurnal di Akademi
Pengajian Melayu bertaraf Scopus. Sesi perkongsian ilmu dan bedah jurnal
dikendalikan oleh pakar YBhg. Dato' Profesor Dr. Haji Kamaruzaman Jusoff, Felo
Penyelidik Prinsipal, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi),
Universiti Malaya bertempat di Bilik Mesyuarat Kiambang.
40