Page 31 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2024
P. 31
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
( )
Seramai 24 mahasiswa Akademi Pengajian Melayu bersama 6
pensyarah pengiring telah menyertai RITMA 2024 yang diadakan di
Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Sebelas Maret, Surakarta, Indonesia
dari 29 Julai hingga 4 Ogos 2024.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini,
antaranya:
• Seminar dengan pensyarah Universiti Malaya dan Universitas
Sebelas Maret.
• Forum antara mahasiswa Universiti Malaya dan Universitas Sebelas
Maret.
• Pertandingan Kebudayaan yang melibatkan mahasiswa Universiti
Malaya dan Universitas Sebelas Maret.
• Lawatan ke tempat-tempat bersejarah serta mendalami budaya
masyarakat setempat.
Kejayaan istimewa turut dicapai apabila mahasiswa Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya memenangi anugerah Best Poem
Performance, Best Dancer Performance, dan Best Singer Performance
dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Fakultas Ilmu Budaya,
Universitas Sebelas Maret.
Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang RITMA 2024
akan memberi manfaat yang besar kepada semua peserta.
31