Page 14 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 14
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PERSIDANGAN ANTARABANGSA SOSIO-BUDAYA
MALAYSIA-CHINA (PERSOMANA) 2024
10 Mei 2024 – Seminar sempena ulang tahun hubungan diplomatik Malaysia-
China ke-50 telah berlangsung untuk memperkukuh hubungan kedua-dua
negara melalui pertukaran ilmu, budaya, dan pandangan akademik. Dengan
kepakaran APM dalam kajian sosiobudaya Melayu, institusi ini berperanan
menyumbang kepada pengembangan kajian bahasa dan budaya Melayu di
peringkat antarabangsa, khususnya di China, melalui kerjasama ini.
14