Page 38 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 38
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
MEMETERAI PERJANJIAN KERJASAMA
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU DENGAN
UNIVERSITAS GADJAH MADA, INDONESIA
20 Mei 2024 - Dalam program ini, pelbagai sesi perbincangan
dan pembentangan diadakan. Wakil dari Universitas Gadjah
Mada menyampaikan amalan terbaik dalam pengajaran,
penyelidikan, dan inovasi dalam kurikulum. Sesi ini memberikan
peluang kepada pensyarah dan pelajar APM untuk
mendapatkan pandangan yang lebih mendalam mengenai
pendekatan pengajaran yang berkesan dan relevan dengan
perkembangan semasa. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan
& Inovasi), Universiti Malaya iaitu Prof. Dr. Kaharudin Dimyati
hadir ke sesi tandatangan kerjasama antara dua buah universiti.
38