Page 79 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 79
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
U MEMBERI
KESEDARAN MENGENAI KEPENTINGAN BAHASA
MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi
pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan bahasa
dan sastera Melayu dalam konteks kebudayaan dan
pendidikan. Sepanjang lawatan, mereka berpeluang
menjelajahi pelbagai sumber dan bahan bacaan yang ada di
perpustakaan akademi, serta mendapatkan maklumat
mendalam tentang sejarah dan perkembangan pengajian
Melayu di negara kita. Diharapkan pengalaman ini bukan
sahaja dapat memperluas pengetahuan mereka tetapi juga
membangkitkan minat dan cinta terhadap bahasa dan
budaya Melayu yang kaya.
79