Page 13 - Bulletin_APM_Nov_Dis2024
P. 13
Lawatan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (MCMC) ke APM
2 Disember 2024 - Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya
telah menerima lawatan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (MCMC) untuk membincangkan pemasangan menara pemancar
telekomunikasi di kawasan APM. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk
menilai dan memastikan usaha meningkatkan capaian telekomunikasi di
kawasan tersebut berjalan lancar. Inisiatif pemasangan menara pemancar
telekomunikasi di APM dijangka akan memberikan manfaat besar kepada
warga akademik dan pelajar, khususnya dalam meningkatkan akses kepada
perkhidmatan internet berkelajuan tinggi. Langkah ini juga seiring dengan
usaha kerajaan melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk
memperluas liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara.
13