Page 51 - Bulletin_APM_Sept_Okt2024
P. 51
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
KUNJNGAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP)
KE AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Profesor
Dr. Zamri Radzi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), atas
kesudian beliau meluangkan masa yang amat berharga untuk
bersama-sama kami di Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti
Malaya. Kehadiran Profesor Dr. Zamri bukan sahaja membawa sinar
inspirasi tetapi juga memperkukuhkan keyakinan dan tekad seluruh
warga akademik serta pentadbiran APM dalam usaha berterusan
memartabatkan ilmu, budaya, dan warisan Melayu.
51