Page 3 - BULETIN APM JAN-FEB 2024
P. 3
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISPLIN ILMU
KATA ALU-ALUAN
DEKAN APM
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada
sidang redaksi e-Buletin bulanan APM atas kejayaan menerbitkan e-Buletin kali ini. Terima
kasih kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam e-
Buletin yang penuh bermakna ini.
E-Buletin bulanan APM ini memaparkan pelbagai aktiviti staf dan pencapaian di Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Rakaman pelbagai aktiviti dan pencapaian ini
merupakan usaha APM dalam merealisasi misi dan visi Universiti Malaya untuk menjadi salah
sebuah universiti yang terbilang. E-Buletin ini dihasilkan dalam bentuk digital bagi
mempermudah aksesnya.
Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli
jawatankuasa dan sidang redaksi e-Buletin atas usaha gigih mereka dalam menjayakan
penerbitan e-Buletin ini. Kepada pembaca, diharapkan e-Buletin ini dapat dimanfaatkan
sebaik mungkin sebagai sumber informasi berkaitan Akademi Pengajian Melayu.
Sekian, terima kasih.
Prof. Madya Dr. Sabzali Musa Kahn
Dekan
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
TIMBALAN DEKAN
(IJAZAH TINGGI, PENYELIDIKAN DAN INOVASI)
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terlebih dahulu syabas dan tahniah diucapkan
kepada semua pihak yang telah memberikann komitmen yang tinggi dalam menjayakan
penerbitan e-Buletin edisi pertama tahun 2024.
Penerbitan e-Buletin bulanan APM ini bertujuan untuk mendokumentasi kegiatan dan aktiviti
staf Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan diterbitkan setiap dua bulan. E-Buletin
ini merupakan satu dokumen yang berharga apabila semua rakaman aktiviti dan pencapaian
staf dapat direkodkan. Ini akan menjadi satu sumber rujukan kepada generasi akan datang
tentang hal yang berkaitan dengan kemajuan serta perkembangan yang telah dicapai oleh
staf Akademi Pengajian Melayu.
Akhir kata, tahniah dan syabas sekali lagi kepada sidang redaksi, tanpa anda semua, e-Buletin
ini tidak menjadi realiti!
Sekian, terima kasih.
Prof. Madya Dr. Indirawati Zahid
Timbalan Dekan
Ijazah Tinggi, Penyelidikan dan Inovasi
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
3
BULETIN BULANAN APM, EDISI 1: JANUARI - FEBRUARI 2024