Page 11 - BUKU PANDUAN CITRA - FINAL updated 5 Sept 2019 - HM
P. 11

KURSUS UNIVERSITI (MATA PELAJARAN PENGAJIAN UMUM)

               Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyemak penawaran kursus Mata Pelajaran Wajib (MPW) di semua IPTA dalam negara.
               Maka kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) telah diperkenalkan berteraskan cabang falsafah ilmu yang melibatkan bidang
               keilmuan kajian kemanusiaan, sains dan sains sosial. Struktur kursus MPU atau lebih dikenali sebagai Kursus Universiti (KU) di
               Universiti  Malaya,  dilihat  mampu  untuk  melahirkan  graduan  yang  holistik,  menghayati  nilai-nilai  patriotism  dan  jati  diri  beracuan
               Malaysia serta boleh menguasai kemahiran insaniah yang diperlukan ke arah memenuhi kebolehpasaran kerja.

               Berdasarkan Garis Panduan MPU, kursus MPU telah dibahagikan kepada empat (4) kelompok iaitu:

                         KELOMPOK              PERINCIAN
                            (MPU)
                              U1          -  Penghayatan falsafah, nilai dan sejarah

                              U2          -  Penguasaan Kemahiran Insaniah

                              U3          -  Perluasan ilmu pengetahuan tentang Malaysia
                              U4          -  Kemahiran pengurusan masyarakat yang bersifat praktikal seperti khidmat masyarakat dan
                                             kokurikulum

               Di Universiti Malaya, kursus MPU atau dikenali sebagai Kursus Universiti (KU) ditawarkan sebanyak sepuluh (10) kursus iaitu:


                              U1                              U2                               U3                               U4
                Hubungan Etnik (HE)             Asas Pembudayaan                 Kursus Elektif Luar Fakulti      Kokurikulum (KoK)
                * Pengenalan Kepada Malaysia -   Keusahawanan (APK)              (KELF)
                diambil oleh pelajar bukan
                warganegara
                Tamadun Asia dan Tamadun        Literasi Maklumat (LM)           Jalinan Masyarakat (JM)
                Islam (TITAS)                   Bahasa Inggeris
                * Bahasa Melayu Asas – diambil
                oleh pelajar bukan warganegara






                                                                                                                                                11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16