Page 10 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 10

   Menjadi pusat inovasi, penyelidikan asas dan aplikasinya dalam semua bidang pendidikan dan pembangunan manusia.
                To become a centre of innovation in basic and applied research in all areas of education and human development.

               Menjadi pusat latihan dan perundingan dalam bidang pendidikan dan pembelajaran untuk  organisasi dan institusi.
                To become the centre of training and consultation in the field of education for organizations and institutions

                Fakulti Pendidikan menerima pakai peranan proaktif dalam usaha memenuhi era perubahan yang berterusan dalam
            bidang  pendidikan.  Ini  termasuk  penyemakan  dan  penelitian  semula  program  dan  kursus,  penyemakan  kurikulum  dan
            instruksi untuk memasukkan, jika perlu, perubahan-perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan.
                The Faculty is proactive in keeping pace with the ever-changing demands in the field of education. This includes the reappraisal of
            programmes and courses, curriculum revisions and departmental restructuring to accommodate new changes when necessary.

                Pada tahun 1970, pada dasarnya, struktur Fakulti Pendidikan adalah terdiri daripada lima bahagian yang berbeza.
            Bagaimanapun, oleh sebab perkembangan baru dan anjakan paradigma dalam sistem pendidikan, Fakulti Pendidikan telah
            melalui satu siri penstrukturan dan pembentukan semula organisasinya bagi membolehkan Fakulti ini memenuhi hasrat visi
            dan objektifnya. Pembentukan struktur organisasi terbaru Fakulti Pendidikan telah dilaksanakan pada tahun 2001 apabila
            jabatan-jabatan yang berikut ditubuhkan.
                In 1970, the structure of the Faculty comprised five divisions. However, because of new developments and paradigm shifts in the
            educational system, the Faculty had a series of restructuring and reorganisation exercises to enable the Faculty to realise its vision and
            objectives. The latest organisational restructuring was carried out in 2001 resulting in the formation of the following departments.

                   Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan
                        Department of Educational Foundations and Humanities

                   Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling
                          Department of Educational Psychology and Counselling

                   Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan
                           Department of Educational Management, Planning and Policy

                   Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi
                          Department of Language and Literacy Education

                   Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains
                         Department of Mathematics and Science Education

                   Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran
                         Department of Curriculum and Instructional Technology

                Di samping menawarkan kursus-kursus peringkat ijazah tinggi, sejak permulaan penubuhannya, Fakulti Pendidikan
            terlibat dalam beberapa program ijazah dasar. Salah satu daripada program ini ialah program Ijazah Sarjana Muda Sains
            dengan  Pendidikan.  Program  ini  dimulakan  bersama  dengan  Fakulti  Sains  Universiti  Malaya  pada  tahun  1975  bagi
            memenuhi permintaan yang tinggi untuk guru-guru sains dan matematik bagi peringkat sekolah menengah atas. Selain itu,
            program ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam juga telah diperkenalkan pada tahun 1982. Kursus ini ditawarkan dengan
            kerjasama  Akademi  Pengajian  Islam  Universiti  Malaya  bagi  menyediakan  guru-guru  untuk  mengajar  mata  pelajaran
            Pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah.
                Besides offering courses at the postgraduate level since its inception, the Faculty also conducts undergraduate programmes. Among
            these programmes is the Bachelor of Science with Education (B.Sc.Ed.). The programme was initiated jointly with the Faculty of Science in
            1975, to meet the great demand for science and mathematics teachers at the upper secondary level. Another programme is the Bachelor of
            Islamic Education (B. Islamic Ed.) which was introduced in 1982. This course is conducted jointly with the Academy of Islamic Studies,
            University of Malaya, to prepare teachers to teach Islamic Studies in schools.

                Pada  tahun  1980,  Fakulti  Pendidikan  mula  menawarkan  program  ijazah  dasarnya  sendiri,  iaitu  Sarjana  Muda
            Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (PBISBK). Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Bahasa
            dan Linguistik, dan Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Satu program ijazah dasar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
            ditawarkan buat pertama kalinya pada tahun 1998 dan diikuti dengan satu lagi program ijazah dasar yang membawa kepada
            penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kaunseling in 1997.  Program Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Tamil)
            ditawarkan pada tahun 2000 dan pengambilan kumpulan pelajar terakhir bagi program tersebut ialah pada tahun 2004.  Pada
            tahun 2004, Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) Pendidikan Rendah telah
            ditawarkan.

                                                                                       10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15