Page 207 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 207
(2) Syarat Bahasa Inggeris.
Bagi calon antarabangsa yang mengikuti program dalam Bahasa Inggeris perlu mempunyai
sekurang-kurangnya IELTS (International English Language Testing Services) band enam
(6) atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor lima ratus dan lima puluh (550) jika
ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantaran;
atau
Lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pihak universiti sebelum calon
mendaftar.
3. Tempoh Pengajian
Tempoh minimum pengajian bagi program Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Nilai) adalah seperti
berikut:
(1) Program secara Kursus dan Penyelidikan adalah selama tiga (3) semester biasa.
(2) Program secara Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa.
4. Matlamat Program
Matlamat program untuk menghasilkan warga pendidik yang dinamik dan reflektif yang berupaya
memantau dan memperbaiki amalan mereka serta boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori
pendidikan dan penyelidikan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bidang
pendidikan.
5. Hasil Pembelajaran Program
Di akhir program, pelajar dapat;
PO1 Menguasai pengetahuan dalam bidang Pendidikan Nilai;
PO2 Mempraktikkan bidang Pendidikan Nilai melalui pengajaran, penilaian dan penyelidikan
dengan menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat;
PO3 Mempamerkan sikap keprihatinan terhadap isu semasa yang berkaitan dengan bidang
Pendidikan Nilai;
PO4 Mengaplikasikan etika dan amalan terbaik secara profesional dalam bidang Pendidikan
Nilai;
PO5 Mempamerkan nilai kepimpinan, dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi
melaksanakan aktiviti dalam bidang Pendidikan Nilai;
PO6 Menganalisis secara kritis, teori, polisi dan aliran kontemporari berkaitan bidang
Pendidikan Nilai;
PO7 Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus maklumat yang
berkaitan dengan Pendidikan Nilai; dan
PO8 Menghasilkan idea inovatif berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang menyumbang
kepada pengurusan dan keusahawanan dalam bidang Pendidikan Nilai.
160