Page 231 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 231

(e)    Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.


                   (2)    Syarat Bahasa Inggeris.

                          Bagi calon antarabangsa yang mengikuti program dalam Bahasa Inggeris perlu mempunyai
                          sekurang-kurangnya IELTS  (International English Language Testing Services) band enam
                          (6)  atau TOEFL  (Test as a Foreign  Language)  skor lima ratus dan  lima puluh  (550)  jika
                          ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantaran;
                                                       atau

                          Lulus  kursus  Bahasa  Inggeris  yang  ditetapkan  oleh  pihak  universiti  sebelum  calon
                          mendaftar.

            3.     Tempoh Pengajian
                   Tempoh minimum pengajian bagi program Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa Inggeris)
                   adalah seperti berikut:

                   (1)    Program secara Kursus dan Penyelidikan adalah selama tiga (3) semester biasa.

                   (2)    Program secara Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa.

            4.     Matlamat Program

                   Matlamat  program  untuk  menghasilkan  warga  pendidik  yang  dinamik  dan  reflektif  yang  berupaya
                   memantau dan memperbaiki amalan mereka serta boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori
                   pendidikan  dan  penyelidikan  untuk  menyelesaikan  masalah  yang  berkaitan  dengan  bidang
                   pendidikan.

            5.     Hasil Pembelajaran Program

                   Di  akhir program, pelajar dapat;

                      PO1    Menguasai pengetahuan dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris;
                      PO2   Mempraktikkan bidang pendidikan Bahasa Inggeris melalui pengajaran, penilaian dan
                            penyelidikan dengan menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat;
                      PO3    Mempamerkan sikap keprihatinan terhadap isu semasa yang berkaitan dengan bidang
                             Pendidikan Bahasa Inggeris;

                      PO4    Mengaplikasikan etika dan amalan terbaik secara profesional dalam bidang Pendidikan
                             Bahasa Inggeris;
                      PO5    Mempamerkan  nilai  kepimpinan  dan  kerjasama  dengan  pelbagai  pihak  bagi
                             melaksanakan aktiviti  dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris;
                      PO6    Menganalisis  secara  kritis,  teori,  polisi  dan  aliran  kontemporari  berkaitan  bidang
                             Pendidikan Bahasa Inggeris;
                      PO7    Melibatkan  diri  dalam  pembelajaran  sepanjang  hayat  dan mengurus maklumat  yang
                             berkaitan dengan Pendidikan Bahasa Inggeris; dan


                                                                                          184
   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236