Page 242 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 242

PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN (PERANCANGAN DAN PENTADBIRAN)

                           KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2010

            Ijazah Sarjana Pendidikan (Perancangan dan Pentadbiran)

            1.     Jenis Program
                   Jenis  program  ijazah  Sarjana  Pendidikan  (Perancangan  dan  Pentadbiran)  yang  ditawarkan  adalah
                   seperti berikut :

                   (1)    Program  secara  Kursus  dan  Penyelidikan  iaitu  program  pengajian  secara  gabungan
                          perkuliahan dan penyelidikan yang membawa kepada penghasilan disertasi.

                   (2)    Program  secara  Penyelidikan,  iaitu  program  pengajian  secara  penyelidikan  sepenuhnya
                          yang membawa kepada penghasilan disertasi.

            2.     Syarat Kemasukan
                   (1)    Kelayakan Masuk.

                            (a)      Ijazah Sarjana Muda Pendidikan;

                            atau

                            (b)   Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan;

                            atau

                           (c)   Ijazah Sarjana Muda; dan

                                 (i)     Diploma Pendidikan pasca ijazah;

                                 atau

                                 (ii)    Kelayakan mengajar yang profesional;

                                 atau

                                 (iii)   Pengalaman  mengajar  yang  berkaitan  dari  institusi  pendidikan  yang
                                         diiktiraf oleh Senat;

                                 atau

                                 (iv)    Pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan;

                                  atau

                          (d)    Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang  diiktiraf;




                                                                                          195
   237   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247