Page 266 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 266

PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN JASMANI)

                           KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2010

            Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Jasmani)

            1.     Jenis Program
                   Jenis  program  ijazah  Sarjana  Pendidikan  (Pendidikan  Jasmani)  yang  ditawarkan  adalah  seperti
                   berikut :

                   (1)    Program  secara  Kursus  dan  Penyelidikan  iaitu  program  pengajian  secara  gabungan
                          perkuliahan dan penyelidikan yang membawa kepada penghasilan disertasi.

                   (2)    Program  secara  Penyelidikan,  iaitu  program  pengajian  secara  penyelidikan  sepenuhnya
                          yang membawa kepada penghasilan disertasi.


            2.     Syarat Kemasukan
                   (1)    Kelayakan Masuk.

                          (a)    Ijazah Sarjana Muda Pendidikan;

                          atau

                          (b)    Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan;

                          atau

                          (c)    Ijazah Sarjana Muda; dan

                                 (i)     Diploma Pendidikan pasca ijazah;

                                 atau

                                 (ii)    Kelayakan mengajar yang profesional;

                                 atau

                                 (iii)   Pengalaman  mengajar  yang  berkaitan  dari  institusi  pendidikan  yang
                                         diiktiraf oleh Senat;

                                 atau

                                 (iv)    Pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan;

                                  atau

                          (d)    Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang  diiktiraf;



                                                                                          219
   261   262   263   264   265   266   267   268   269   270   271