Page 178 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 178

PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN BAHASA INGGERIS)

                           KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014

            Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa Inggeris)

            1.     Jenis Program
                   Jenis  program  ijazah  Sarjana  Pendidikan  (Pendidikan  Bahasa  Inggeris)  yang  ditawarkan  adalah
                   seperti berikut :

                   (1)    Program  secara  Kursus  dan  Penyelidikan  iaitu  program  pengajian  secara  gabungan
                          perkuliahan dan penyelidikan yang membawa kepada penghasilan disertasi.

                   (2)    Program  secara  Penyelidikan,  iaitu  program  pengajian  secara  penyelidikan  sepenuhnya
                          yang membawa kepada penghasilan disertasi.

            2.     Syarat Kemasukan

                   (1)    Kelayakan Masuk.

                            (a)      Ijazah Sarjana Muda Pendidikan;

                            atau

                            (b)   Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan;

                            atau

                           (c)   Ijazah Sarjana Muda; dan

                                 (i)     Diploma Pendidikan pasca ijazah;

                                 atau

                                 (ii)    Kelayakan mengajar yang profesional;

                                 atau

                                 (iii)   Pengalaman  mengajar  yang  berkaitan  dari  institusi  pendidikan  yang
                                         diiktiraf oleh Senat;

                                 atau

                                 (iv)    Pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan;

                                  atau

                          (d)    Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang  diiktiraf;

                           atau

                          (e)    Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.

                                                                                          130
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183