Page 203 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 203
atau
(e) Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.
(2) Syarat Bahasa Inggeris.
Bagi calon antarabangsa yang mengikuti program dalam Bahasa Inggeris perlu mempunyai
sekurang-kurangnya IELTS (International English Language Testing Services) band enam
(6) atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor lima ratus dan lima puluh (550) jika
ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantaran;
atau
Lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pihak universiti sebelum calon
mendaftar.
3. Tempoh Pengajian
Tempoh minimum pengajian bagi program Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains) adalah
seperti berikut:
(1) Program secara Kursus dan Penyelidikan adalah selama tiga (3) semester biasa.
(2) Program secara Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa.
4. Matlamat Program
Matlamat program untuk menghasilkan warga pendidik yang dinamik dan reflektif yang berupaya
memantau dan memperbaiki amalan mereka serta boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori
pendidikan dan penyelidikan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bidang
pendidikan.
5. Hasil Pembelajaran Program
Di akhir program, pelajar dapat;
PO1 Menguasai pengetahuan dalam bidang Pendidikan Sains;
PO2 Mempraktikkan bidang Pendidikan Sains melalui pengajaran, penilaian dan penyelidikan
dengan menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat;
PO3 Mempamerkan sikap keprihatinan terhadap isu semasa yang berkaitan dengan bidang
Pendidikan Sains;
PO4 Mengaplikasikan etika dan amalan terbaik secara profesional dalam bidang Pendidikan
sains;
PO5 Mempamerkan nilai kepimpinan dengan pelbagai pihak bagi melaksanakan aktiviti
dalam bidang Pendidikan Sains;
PO6 Menganalisis secara kritis, teori, polisi dan aliran kontemporari berkaitan bidang
Pendidikan Sains;
155