Page 215 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 215

atau

                          (e)    Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.


                   (2)    Syarat Bahasa Inggeris.

                          Bagi calon antarabangsa yang mengikuti program dalam Bahasa Inggeris perlu mempunyai
                          sekurang-kurangnya IELTS  (International English Language Testing Services) band enam
                          (6) atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor lima ratus dan lima puluh (550) jika
                          ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantaran;
                                                       atau

                          Lulus  kursus  Bahasa  Inggeris  yang  ditetapkan  oleh  pihak  universiti  sebelum  calon
                          mendaftar.


            3.     Tempoh Pengajian
                   Tempoh minimum pengajian bagi program Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Jasmani) adalah
                   seperti berikut:

                   (1)    Program secara Kursus dan Penyelidikan adalah selama tiga (3) semester biasa.

                   (2)    Program secara Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa.

            4.     Matlamat Program

                   Matlamat  program  untuk  menghasilkan  warga  pendidik  yang  dinamik  dan  reflektif  yang  berupaya
                   memantau dan memperbaiki amalan mereka serta boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori
                   pendidikan  dan  penyelidikan  untuk  menyelesaikan  masalah  yang  berkaitan  dengan  bidang
                   pendidikan.

            5.     Hasil Pembelajaran Program

                   Di  akhir program, pelajar dapat;

                      PO1    Menguasai pengetahuan dalam bidang Pendidikan Jasmani;
                      PO2    Mempraktikkan  bidang  Pendidikan  Jasmani  melalui  pengajaran,  penilaian  dan
                             penyelidikan dengan menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat;

                      PO3    Mempamerkan sikap keprihatinan terhadap isu semasa yang berkaitan dengan bidang
                             Pendidikan Jasmani;
                      PO4    Mengaplikasikan etika dan amalan terbaik secara profesional dalam bidang   Pendidikan
                             Jasmani;
                      PO5    Mempamerkan  nilai  kepimpinan  dengan  pelbagai  pihak  bagi  melaksanakan  aktiviti
                             dalam bidang Pendidikan Jasmani;
                      PO6    Menganalisis  secara  kritis,  teori,  polisi  dan  aliran  kontemporari  berkaitan  bidang
                             Pendidikan Jasmani;


                                                                                          167
   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220