Page 244 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 244

PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

                           KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014

            Ijazah Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak

            1.     Jenis Program
                   Jenis program ijazah Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang ditawarkan adalah seperti berikut :

                   (1)    Program  secara  Kursus  dan  Penyelidikan  iaitu  program  pengajian  secara  gabungan
                          perkuliahan dan penyelidikan yang membawa kepada penghasilan disertasi.

                   (2)    Program  secara  Penyelidikan,  iaitu  program  pengajian  secara  penyelidikan  sepenuhnya
                          yang membawa kepada penghasilan disertasi.


            2.     Syarat Kemasukan
                    (1)   Kelayakan Masuk.

                          (a)    Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak;

                          atau

                          (b)    Ijazah Sarjana Muda Pendidikan;

                          atau

                          (c)    Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan;

                          atau

                          (d)    Ijazah Sarjana Muda; dan

                                 (i)     Diploma Pendidikan pasca ijazah;

                                 atau

                                 (ii)    Kelayakan perguruan yang diiktiraf oleh Universiti;

                                 atau

                                 (iii)   Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari institusi yang diiktiraf oleh
                                         Senat;

                                 atau

                                 (iv)    Pengalaman tidak kurang daripada satu (1) tahun dalam bidang yang
                                         berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak;
                                 atau

                          (e)    Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf;

                                                                                          196
   239   240   241   242   243   244   245   246   247   248   249