Page 257 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 257

(2)    Syarat Bahasa Inggeris.

                          Bagi calon antarabangsa yang mengikuti program dalam Bahasa Inggeris perlu mempunyai
                          sekurang-kurangnya IELTS  (International English Language Testing Services) band enam
                          (6) atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor lima ratus dan lima puluh (550) jika
                          ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantaran;

                                                       atau

                          Lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pihak universiti sebelum calon
                          mendaftar.

            3.     Tempoh Pengajian

                   Tempoh  minimum  pengajian  bagi  program  Ijazah  Sarjana  Teknologi  Pengajaran  adalah  seperti
                   berikut:.

                   (1)    Program secara Kursus dan Penyelidikan adalah selama tiga (3) semester biasa.

                   (2)    Program secara Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa.

            4.     Matlamat Program

                   Matlamat program adalah untuk menghasilkan graduan yang berkelayakan dan berkemahiran tinggi
                   untuk  menyediakan  profesional  dalam  bidang  teknologi  pengajaran  dengan  pengetahuan  dan
                   kemahiran  mereka  bentuk,  membangunkan,  menggunakan,  menilai  dan  mengurus  sistem,  proses,
                   bahan, sumber dan inovasi untuk mempertingkatkan pembelajaran dalam pelbagai konteks.

            5.     Hasil Pembelajaran Program

                   Di akhir program pelajar dapat;

                      PO1    Menguasai teori dan model dalam reka bentuk pengajaran dan teknologi;
                      PO2    Menggunakan teknologi pengajaran sebagai alat dan sistem untuk mempertingkatkan
                             pembelajaran dan prestasi;

                      PO3    Menunjukkan  minat  dan  keprihatian  terhadap  orang  lain  dalam  melaksanakan  tugas
                             sebagai guru;
                      PO4    Berpegang  kepada  standard  etika  dan  amalan  paling  tinggi  dalam  bidang  teknologi
                             pengajaran;
                      PO5    Berkomunikasi,  kepimpinan  dan  menguruskan  maklumat  dengan  berkesan  dan
                             bekerjasama dengan orang lain dalam pendidikan;
                      PO6    Menganalisis  secara  kritis  penyelidikan,  trend  dan  isu  berkaitan  dengan  bidang
                             teknologi pengajaran;
                      PO7    Melibatkan  diri  dalam  pembelajaran  sepanjang  hayat  dan  menguruskan  maklumat
                             berkaitan dengan teknologi pengajaran; dan
                      PO8    Menghasil dan memasarkan produk inovatif dalam pembelajaran bagi pelbagai pihak
                             yang  berkepentingan  audiens  dan  bagi  penyampaian  pengajaran  dalam  pelbagai
                             persekitaran.


                                                                                          209
   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261   262