Page 264 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 264

PO6    Meningkatkan  kemahiran  berfikir  dan  bertindak  secara  saintifik  serta  mengukuhkan
                             kemahiran menyelesaikan masalah yang membabitkan matematik dan ICT;

                      PO7    Melibatkan  diri  dalam  pembelajaran  sepanjang  hayat  dan  mengurus  maklumat  yang
                             berkaitan dengan pendidikan matematik sains; dan

                      PO8    Mewujudkan jaringan tempatan dan global dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi
                             meningkatkan kualiti pendidikan matematik dengan ICT.

            6.     Struktur Program

                   (1)    Program pengajian ijazah Sarjana Pendidikan Matematik dengan Teknologi Komunikasi dan
                          Maklumat ditawarkan dalam dua (2) mod iaitu secara Kursus dan Penyelidikan berjumlah
                          lima puluh lapan (58) kredit dan secara Penyelidikan. Butir-butirnya seperti berikut:

                          (a)    Program secara Kursus dan Penyelidikan.

                                 (i)     Dua  (2)  kursus  Teras  Fakulti  yang  setiap  satunya  berjumlah  tiga  (3)
                                         kredit;

                                         Kursus Teras Fakulti

                                         PXGZ 6101     Penyelidikan dalam Pendidikan; dan

                                         Pilih satu daripada berikut:

                                         PXGZ 6102     Statistik untuk Penyelidikan dalam Pendidikan
                                         PXGZ 6103     Penyelidikan Kualitatif dalam Pendidikan
                                         PXGZ 6104     Penyelidikan Tinjauan
                                         PXGZ 6105     Penyelidikan Pengajian Masa Depan
                                         PXGZ 6106     Penyelidikan Eksperimen

                                 (ii)    Dua    (2)  kursus  Wajib  Bidang  Pengkhususan  yang  setiap  satunya
                                         berjumlah tiga (3) kredit;

                                 (iii)   Satu (1) kursus Pilihan Bidang  Pengkhususan dari Fakulti  Pendidikan
                                         berjumlah tiga (3) kredit;

                                 (iv)    Satu (1) kursus Pilihan Pengkhususan dari Fakulti Sains Komputer dan
                                         Teknologi Maklumat berjumlah tiga (3) kredit; dan

                                 (v)     Disertasi yang berjumlah empat puluh (40) kredit.

                          (b)    Program secara Penyelidikan.

                                 Program ini dijalankan secara penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada
                                 penghasilan Disertasi. Walau bagaimanapun calon disyaratkan mengikuti kursus
                                 pengenalan kepada Penyelidikan dalam Pendidikan (PXGZ 6101).

                   (2)    Butir-butir  kursus  yang  ditawarkan  adalah  seperti  mana  yang  diluluskan  oleh  Senat  dari
                          semasa ke semasa atas perakuan Fakulti dan dimaklumkan kepada calon pada permulaan
                          setiap sesi.


                                                                                          216
   259   260   261   262   263   264   265   266   267   268   269