Page 238 - Handbook Postgraduate (Master) 2016 2017 BM
P. 238

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014

            Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan

            1.     Pendaftaran Kursus

                   (1)    Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan
                          semester.

                   (2)    Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk
                          kredit  yang  diperuntukan  bagi  penyelidikan  pada  mana-mana  semester  melainkan  ia
                          diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.

            2.     Penyeliaan
                   Pelantikan Penyelia untuk calon adalah seperti berikut:

                   (1)    Program secara Kursus.

                          Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.

                   (2)    Program secara Penyelidikan.

                          Pelantikan penyelia dilakukan sebelum calon mendaftar program.

            3.     Ketetapan Bidang Penyelidikan
                   Ketetapan  bidang  bagi  disertasi  dan  laporan  penyelidikan  hendaklah  dilakukan  sebelum  calon
                   memulakan penyelidikannya.

            4.     Penyerahan
                   (1)    Program secara Kursus.

                          Tajuk laporan penyelidikan hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk  kelulusan tidak
                          lewat  dari  sebulan  sebelum  calon  menyerahkan  laporan  penyelidikannya  untuk
                          pemeriksaan.

                   (2)    Program secara Penyelidikan.

                          Tajuk  disertasi  hendaklah  dikemukakan  kepada  Fakulti  untuk  kelulusan  semasa  calon
                          memberi notis untuk penyerahan disertasinya.
                   (3)    Calon  hendaklah  menyerahkan  disertasi  atau  laporan  penyedlidikan  untuk  peperiksaan
                          dalam tempoh pencalonannya. Tempoh yang diambil untuk pemeriksaan disertasi dan apa-
                          apa tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa
                          tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.








                                                                                          194
   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242   243