Page 253 - Handbook Postgraduate (Master) 2016 2017 BM
P. 253

PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN SAINS DENGAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN MAKLUMAT

                           KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014

            Ijazah Sarjana Pendidikan Sains dengan Teknologi Komunikasi dan Maklumat

            1.     Jenis Program

                   Jenis program ijazah Sarjana Pendidikan Sains dengan Teknologi Komunikasi dan Maklumat yang
                   ditawarkan adalah seperti berikut :

                   (1)    Program  secara  Kursus  dan  Penyelidikan  iaitu  program  pengajian  secara  gabungan
                          perkuliahan dan penyelidikan yang membawa kepada penghasilan disertasi.

                   (2)    Program  secara  Penyelidikan,  iaitu  program  pengajian  secara  penyelidikan  sepenuhnya
                          yang membawa kepada penghasilan disertasi.

            2.     Syarat Kemasukan

                   (1)    Kelayakan Masuk.

                          (a)    Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan dengan kepujian atau yang setaraf
                                 dengannya dalam pengkhususan Sains;

                          atau

                          (b)    Ijazah Sarjana Muda berasaskan Sains dengan kepujian atau yang setaraf
                                 dengannya; dan

                                 (i)     Diploma Pendidikan pasca ijazah;

                                 atau

                                 (ii)    Kelayakan mengajar yang profesional;

                                 atau

                                 (iii)   Pengalaman  mengajar  yang  berkaitan  dari  institusi  pendidikan  yang
                                         diiktiraf oleh Senat;

                                 atau

                          (c)    Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang  diiktiraf;

                          atau

                          (d)    Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa





                                                                                          209
   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257   258