Page 344 - Handbook Postgraduate (Master) 2016 2017 BM
P. 344

6.          STUDIO TV

                         Kakitangan        :     En. Khairy Khalid

                         Studio  TV menyediakan  kemudahan  dan  perkhidmatan untuk  pengajaran mikro,  rakaman daripada siaran  rakaman di dalam
            dan luar  studio dan pengeluaran video.  Beberapa rancangan pendidikan yang dirakamkan   ke dalam   pita  video  boleh  didapati  di
            Studio   TV  untuk  digunakan   bagi  tujuan   pengajaran/pembelajaran.

                   Sila  rujuk  kepada  kakitangan  di  Studio  TV  untuk  mendapatkan  maklumat  tentang  cara  dan  syarat-syarat  mengguna
            kemudahan atau mendapatkan perkhidmatan.


            7.          MAKMAL MULTIMEDIA

                  Kakitangan        :       En. Tun Hairul Farid  Ton Hamzah
                                 :       En. Azrul Yusuf

                       Makmal Multimedia menyediakan kemudahan perkakasan serta perisian komputer.  Perkakasan yang terdapat di makmal ini
            termasuk 15 unit komputer multimedia yang dapat memuatkan seramai 30 orang pelajar, pencetak, projektor LCD, video-kamera dan
            pengimbas.  Terdapat perisian jenis Macromedia yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahan pengajaran-pembelajaran multimedia
            berinteraktif.  Selain daripada itu, makmal ini juga dilengkapi dengan kemudahan internet.  Makmal ini dikhususkan untuk pelajar yang
            mengambil  kursus  dalam    teknologi  multimedia  serta  internet.    Tujuan  makmal  ini  ialah  untuk  melengkapkan  para  pelajar  dengan
            kemahiran asas multimedia-internet untuk pengajaran-pembelajaran di sekolah.
















































                                                                                                             300
   339   340   341   342   343   344   345   346   347   348   349