Page 123 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 123
PO4 Mengaplikasikan etika dan amalan terbaik secara profesional dalam bidang masing-masing.
Apply ethical and professional practices in their respective fields.
PO5 Mempamerkan nilai kepimpinan dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi melaksanakan
aktiviti dalam bidang berkaitan.
Display leadership and cooperation with various parties to implement activities in the field.
PO6 Menyelesaikan masalah atau isu tersabit dengan profesion mereka secara analitikal,
sistematik dan empirikal yang mempunyai potensi untuk membawa inovasi dalam amalan
profesion mereka.
Solve problems or issues affecting their profession in analytical, systematic and empirical ways that have
potential to bring innovation in the practice of their profession.
PO7 Memupuk budaya kesarjanaan dan budaya ilmu melalui pemikiran kritis dan kemahiran
penyelidikan dalam organisasi sejajar dengan falsafah pendidikan sepanjang hayat.
Foster a culture of scholarship and knowledge through critical thinking and research skills within the
organization in line with the philosophy of lifelong learning.
PO8 Menghasilkan idea inovatif dan mengendalikan usaha-usaha pengurusan dan keusahawanan
dalam bidang berkaitan.
Produce innovative ideas and manage the efforts of management and entrepreneurship in related fields.
6. Struktur Program / Programme Structure
(1) Program pengajian ijazah Doktor Falsafah secara kursus dan penyelidikan berjumlah lapan puluh empat (84)
kredit terdiri daripada dua bahagian seperti berikut:
The Degree of Doctor of Philosophy programme by Coursework and Research with a total of eighty four (84) credit hours
comprises the two (2) following parts:
(a) Bahagian I / Part I
(i) Dua (2) kursus Teras Fakulti yang setiap satunya berjumlah tiga (3) kredit;
Two (2) Compulsory Faculty Courses of three credit hours each;
(ii) Satu (1) kursus Pilihan Wajib Fakulti yang berjumlah tiga (3) kredit;
One (1) Elective Faculty Course of three credit hours;
(iii) Dua (2) kursus Teras Bidang Profesional yang setiap satunya berjumlah tiga (3) kredit,
dan
Two (2) Compulsory Professional Courses of three credit hours each; and
(iv) Dua (2) kursus Pengkhususan Bidang Profesional yang setiap satunya berjumlah tiga (3)
kredit.
Two (2) Professional Specialization Courses of three credit hours each.
(b) Bahagian II / Part II
Melibatkan penyelidikan yang membawa kepada penghasilan tesis berjumlah 63 kredit.
Involves research that leads to a thesis of sixty three (63) credit hours.
123