Page 155 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 155

UNIT-UNIT KEMUDAHAN


            1.          MAKMAL SAINS SERBAGUNA


                         Kakitangan        :     En. Azlan Aziz
                                 :       En. Mohd Fadzil Ismail


                         Makmal  ini  ialah  untuk  menolong  pelajar  Kaedah  Sains mencapai kemahiran dalam penggunaan makmal.  Alat dan
            bahan  yang perlu digunakan  dalam eksperimen dan kerja amali boleh  didapati  di  makmal  ini. Kemudahan bengkel di  makmal
            dikhaskan  untuk pelajar  membuat alat bagi keperluan pengajaran mereka. Pelajar yang menggunakan  makmal ini mesti mematuhi
            peraturan  keselamatan    yang    ada.    Sekiranya  mereka  mendapati  alat  dan  bahan    di    makmal  sukar  digunakan,  mereka  harus
            meminta pertolongan daripada kakitangan yang bertugas.


            2.          MAKMAL MIKROKOMPUTER

                         Kakitangan        :     Pn. Anis Amija Amiruldin
                                         En. Mohd Hasri Che Ros
                                         Pn. Norazlina binti Ahmed Nawawi


                         Unit   mikrokomputer  dilengkapkan  dengan   beberapa   buah mikrokomputer  IBMXT.  Unit ini diadakan untuk  menolong
            pelajar      Diploma  Pendidikan,  Sarjana  Muda  Pendidikan  dan  Sarjana    Pendidikan    untuk    mencapai  kemahiran  menggunakan
            komputer   untuk   pendidikan. Unit ini  juga digunakan untuk memproses data penyelidikan pendidikan. Pelajar yang  menggunakan
            komputer di unit ini perlu  mematuhi  peraturan yang ada.


            3.         PERPUSTAKAAN

                  Kakitangan     :


                        Perpustakaan bertujuan memberikan perkhidmatan maklumat yang diperlukan oleh para pelajar, pensyarah serta  penyelidik
            dalam  bidang pendidikan.  Pelbagai jenis bahan boleh didapati khususnya yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Antaranya
            buku-buku  teks sekolah, cadangan penyelidikan, tesis, jurnal-jurnal pendidikan  tempatan,  laporan,  kertas  persidangan,  keratan
            akhbar  serta   sukatan pelajaran.

            4.          MAKMAL PENDIDIKAN SENI


                         Bahagian    ini    memberi  bantuan  kepada    penuntut-penuntut  di  Fakulti  Pendidikan  mendapatkan  bahan-bahan  dan
            menggunakan tempat yang disediakan  untuk  membuat  alat  bantuan  mengajar untuk  persediaan  pengajaran mikro dan latihan
            mengajar.   Kerja-kerja membesarkan  peta dan gambar, memotong stirobusa juga  dibuat  di  sini.   Antara bahan-bahan yang boleh
            didapati di  sini: kad manila, kad kotak (dua jenis), cat warna, berus, alatulis  dan   lain-lain.


            5.          BENGKEL KAYU

                         Kakitangan     :     En. Omar bin Shaari

                         Bengkel  kayu  menyediakan perkhidmatan dan kemudahan untuk menolong  pelajar-pelajar dan kakitangan menghasilkan
            bahan  dan  alat  bantu  mengajar  seperti carta,  model 3D  dan  papan pengajaran. Bengkel juga  menyediakan  bahan-bahan
            seperti plywood,  softboard,  zinc,  penggantung  carta  dan  bahan-bahan  mentah lain yang diperlukan.


            6.          STUDIO TV

                         Kakitangan        :     En. Khairy Khalid

                                                                                                          154
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160