Page 44 - Buku_Panduan_Program_SME_Versi BM_Sesi_20172018
P. 44

KEMAHIRAN INSANIAH


                       Bermula  Semester 2 Sesi 2006/2007, semua pelajar peringkat ijazah dasar di
                       Universiti Malaya dinilai tahap kemahiran insaniah masing-masing.  Kemahiran
                       insaniah  ini  diterapkan  dalam  kursus-kursus  yang  ditawarkan.  Tujuan
                       kemahiran  ini  diperkenalkan  adalah  untuk  melahirkan  graduan  yang  lebih
                       seimbang  dari  segi  rohani  dan  jasmani.  Di  samping  itu,  kemahiran  ini  akan
                       membantu  menyediakan  graduan  yang  lebih  berketrampilan  dan  mampu
                       bersaing  dalam  pasaran  pekerjaan  dan  dunia  luar  yang  semakin  mencabar.
                       Terdapat tujuh (7) komponen kemahiran insaniah yang dinilai iaitu:

                       1.     Kemahiran Berkomunikasi (CS)
                       2.     Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah (CT)
                       3.     Kemahiran Kerja Berpasukan (TS)
                       4.     Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat (LL)
                       5.     Kemahiran Usahawan (KK)
                       6.     Etika dan Moral Profesional (EM), dan
                       7.     Kemahiran Kepimpinan (LS)

                       Sijil  akan  dianugerahkan  kepada  pelajar  yang  dapat  mencapai  tahap  kemahiran
                       insaniah  yang  memuaskan.  Manakala  pelajar  yang  masih  belum  mencapai  tahap
                       kemahiran insaniah yang memuaskan akan ditawarkan untuk mengikuti kursus khas
                       sebelum dianugerahkan sijil.



                       SISTEM PENASIHAT AKADEMIK

                       Panel Penasihat Akademik

                       Para  Pensyarah  dilantik  bertujuan  untuk  membimbing  pelajar  dalam  program
                       akademik mereka.


                       Fungsi Penasihat Akademik

                       Satu  Panel  Penasihat  Akademik  dilantik  dalam  kalangan  pensyarah  untuk
                       membimbing pelajar dalam perancangan program pengajian dengan cara:

                       (1)    membantu pelajar dalam pemilihan kursus dan bilangan jam kredit yang pelajar
                       akan ambil sebelum semester bermula; dan :

                       (2)    memberikan  bimbingan  kepada  pelajar  dalam  mengatasi  masalah
                       pembelajaran, jika ada, berdasarkan kemajuan pengajian pelajar.

                       Perjumpaan Dengan Penasihat Akademik

                       Setiap pelajar digalakkan berjumpa dengan Penasihat Akademik sekurang-kurangnya
                       satu kali dalam setiap semester untuk mendapat khidmat nasihat berkaitan pengajian
                       mereka.






                                                            36
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49