Page 57 - Buku_Panduan_Program_SME_Versi BM_Sesi_20172018
P. 57

MIKROEKONOMI III


                  EIA3001         MIKROEKONOMI III
                  4 Kredit


                  Pra-syarat      EIA2001 MIKROEKONOMI II

                  Hasil           Apabila tamat kursus ini, pelajar dapat:
                  Pembelajaran
                                  1.  memberikan  pemahaman  yang  komprehensif  dan  terperinci
                                     terhadap teori mikroekonomi;
                                  2.  membincangkan  aplikasi  teori  mikroekonomi  kepada  analisis
                                     permasalahan ekonomi dan polisi; dan
                                  3.  mengaplikasikan  teknik  matematik  bagi  analisis  ekonomi  dalam
                                     penyelesaian masalah.

                  Sinopsis        Kursus ini merupakan turutan daripada kursus Mikroekonomi II, di mana
                                  fokus  utamanya  adalah  kepada  ketaksempurnaan  pasaran,  pasaran
                                  input,  dan  keseimbangan  umum.  Ia  memperkenalkan  model  untuk
                                  menganalisis struktur pasaran monopoli dan pasaran persaingan tidak
                                  sempurna  lain.  Teori  permainan  digunakan  secara  ekstensif  untuk
                                  menganalisis  gelagat  firma  di  dalam  pasaran  persaingan  tidak
                                  sempurna. Pelajar juga akan diperkenalkan dengan masalah maklumat
                                  asimetri,  eksternaliti,  dan  barangan  awam.  Analisis  kebajikan
                                  menggunakan keseimbangan umum juga akan dibincangkan.

                  Rujukan         1.  Nicholson, W., Snyder, C. (2010), Microeconomic Theory, 11  ed.,
                                                                                                 th
                                      Thomson South-Western.
                                  2.  Katz, M. L., Rosen, H. S. (1998), Microeconomics, 3  ed., McGraw
                                                                                        rd
                                      Hill.
                                  3.  Mansfield,  E.,  Yohe,  G.  (2004).  Microeconomics  11   ed.,  W.W.
                                                                                          th
                                      Norton & Co.

                  Kemahiran       CT1, CT2, CT3
                  Insaniah        LL1, LL2, LL3

                  Kaedah          Penilaian Berterusan : 40%
                  Penilaian       Peperiksaan Akhir     : 60%

















                                                            49
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62