Page 75 - fbl
P. 75






HURAIAN KURSUS-KURSUS TERAS JABATAN
DESCRIPTION OF DEPARTMENT CORE COURSES

SEMESTER 1

1. TIA1001:
Penggayaan Bahasa Arab / Arabic Language Enrichment
(3 kredit/credit)

Kursus ini membincangkan makna lebih kurang 1000 patah kosa kata dalam
pelbagai bidang berkaitan dengan kehidupan peribadi, keagamaan, pendidikan,
sosial, pentadbiran dan ekonomi. Pelajar akan dilatih untuk mengaplikasi kosa kata
yang dipelajari dalam kemahiran menulis dan bertutur.

This course discusses the meaning nearly 1000 Arabic vocabulary in various areas
related to the personal life, religious, education, social, and economic administration.
Students will be trained to apply the vocabularies learned in writing and speaking
skills.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan / Marking and Assessment Method
Penilaian berterusan / Continuous assessment: 60%
Peperiksaan akhir / Final exam:40%

Bahasa Pengantar / Medium of Instruction
Bahasa Arab / Arabic

Rujukan Utama / Main References
a. www.islamway.com: al-Quran dan al-Hadis
b. www.islamonline.net: ilmu-ilmu Islam
c. www.aljazeera.net: berita dan artikel
d. Muhammad Kassyasy. 2013. Sina’ah al-Kalam. Beirut: al-Maktabah al-Asriyyah.
e. Ibrahim al-Ni’mah. 2012. Baqah al-Wurud al-Nadirah. Amman: Dar al-Nafa’is


2. TIA1002:
Pembacaan dan Penulisan I / Reading and Writing in Arabic I
(3 kredit/credits)

Kursus ini membincangkan teks-teks Arab yang terpilih yang berkaitan agama,
pendidikan dan sosial. Penekanan akan diberikan kepada aspek makna, kandungan
dan bahasa dalam teks Arab yang dibaca. Pelajar juga dilatih menulis karangan
dengan tatabahasa yang betul dan olahan yang tersusun dalam bidang yang
dipelajari. Di samping itu, mereka dilatih menganalisa fungsi perkataan dalam ayat
seperti subjek, predikat, objek dan sebagainya.

This course deals with the texts that are elected related to Arabs, religion, education
and social. Emphasis will be given to aspects of the meaning, content and Arab
language learned. Students are also trained to write essays with the correct
vocabulary in the needed field. Furthermore, they are trained to analyse the function
of the word in sentence such as the subjects, nouns, predicates, objects and others.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan / Marking and Assessment Method
Penilaian berterusan / Continuous assessment: 60%
Peperiksaan akhir / Final examination: 40%


FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK | 75

   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80