Page 30 - FINAL_HANDBOOK_20252026
P. 30
Faculty of Science Handbook, Academic Session 2025/2026
PROGRAMME GOAL
Untuk menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
sains, matematik dan Pedagogical Content Knowledge (PCK) serta mempunyai nilai
integriti, kemahiran kepimpinan, tanggung jawab sosial dan profesionalisme, supaya dapat
menghadapi persekitaran yang kompetitif dan mampu menyumbang kepada bidang
pendidikan dan perguruan dalam pembangunan nasional dan global.
To produce graduates who have knowledge and skills in science, mathematics and
Pedagogical Content Knowledge (PCK) and have the value of integrity, leadership skills,
social responsibility and professionalism, to be able to face a competitive environment and
be able to contribute to the education field and teaching for national and global
development.
PROGRAMME LEARNING OUTCOME
Pada akhir program, graduan dapat:
1. Menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang sains, matematik dan Pedagogical
Content Knowledge (PCK).
2. Menggunakan pendekatan secara sistematik dan pembuktian mantap dalam
mempraktikkan amalan-amalan sains, matematik dan pendidikan dalam menganalisis
dan menilai penggunaan sumber secara lebih teratur.
3. Mempamerkan kemahiran sosial dalam tanggungjawab terhadap masyarakat dan alam
sekitar.
4. Mengamalkan nilai beretika, profesionalisme dan integriti dalam mempraktikkan
amalan sains dan pendidikan bagi memenuhi keperluan pelajar, pihak berkepentingan
dan masyarakat amnya.
5. Berkomunikasi dengan berkesan, berkebolehan bekerja dalam satu kumpulan dan
menunjukkan ciri kepimpinan.
6. Menggunakan kemahiran saintifik dalam membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.
7. Menggunakan kemahiran pengurusan teknologi, maklumat dan amalan-amalan sains
serta berkeupayaan meningkatkan pengetahuan melalui pembelajaran sepanjang
hayat.
8. Menggunakan pendekatan saintifik yang berasaskan logik dan analitikal dalam
pengurusan dan keusahawanan.
At the end of the programme, graduates can:
31