Page 11 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 11

MAKLUMAT AM



                       GENERAL INFORMATION







           3.  Pelajar  dikehendaki  mengikuti  program  pengajiannya  berdasarkan  struktur  program  pengajian
           sepertimana yang ditentukan oleh Fakulti dan diluluskan oleh Senat. Mana-mana kursus yang didaftar
           selain daripada yang ditetapkan di dalam struktur program pengajiannya tidak akan diambilkira untuk
           tujuan penyempurnaan pengijazahan.


           3. Students must register for courses based on the structure of their program of study. Any courses
           registered other than those specified in the structure of the program of study will not be considered for
           the purpose of graduation completion.


           4.  Pendaftaran  kursus  hendaklah  selesai  sebelum  sesuatu  semester  bermula.  Pelajar  yang  tidak
           menyelesaikan pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan tidak dibenarkan untuk mengikuti kursus
           berkenaan.


           4. Course registration must be completed before a semester begins. Students who do not complete
           the registration within the stipulated period are not allowed to follow the course.

           5. Pelajar tidak dibenarkan tambah/gugur kursus selepas membuat pengesahan pendaftaran.


           5. Students are not allowed to add/drop courses after registration confirmation.


           6.  Pendaftaran  kursus  yang  mempunyai  prasyarat  hanya  dibenarkan  setelah  pelajar  lulus  kursus
           prasyarat yang ditetapkan dengan memperolehi sekurang-kurangnya gred C.

           6.  Registration  for  a  course  with  prerequisite  is  only  allowed  after  the  student  has  passed  the
           prescribed pre-requisite course by obtaining at least a grade C.


           7.  Pelajar  bertanggungjawab  menyemak  dan  memastikan  kod  kursus  yang  didaftar  adalah  betul.
           Selepas tamat tempoh yang ditetapkan, kursus yang didaftar adalah muktamad dan sebarang pindaan
           tidak dibenarkan.


           7. A student is responsible to check and ensure that the course code that is registered for is correct. At
           the end of the prescribed period, the courses that are registered are final and no further changes are
           allowed.


           8.  Pelajar  yang  tidak  mendaftar  dalam  tempoh  yang  ditetapkan  bagi  semester  berkenaan  akan
           direkodkan sebagai Tidak Mendaftar.


           8.  Student  who  does  not  register  within  the  prescribed  period  for  the  semester  concerned  will  be
           recorded as Not Registered.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16