Page 117 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 117

Sarjana Muda Sastera Pengajian Asia Tenggara

                                  Jabatan Pengajian Asia Tenggara


                            Bachelor of Arts Southeast Asian Studies

                             Department of Southeast Asian Studies


            Jabatan  Pengajian  Asia  Tenggara  (JPAT),  Fakulti  Sastera  Dan  Sains  Sosial,  Universiti  Malaya  ditubuhkan  pada  tahun  1975  selaras
      dengan  salah  satu  objektif  Deklarasi  ASEAN  1967,  iaitu  mempromosi  pengajian  Asia  Tenggara.  JPAT  adalah  satu-satunya  jabatan  di

      Malaysia yang menawarkan program- program Pengajian Asia Tenggara di peringkat ijazah dasar dan ijazah tinggi.mProgram Sarjana
      Muda  Sastera  Pengajian  Asia  Tenggara  merupakan  platform  untuk  perkembangan  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  memberi

      penekanan  kepada  pengajian  keserantauan  secara  intensif  merangkumi  bidang  politik,  ekonomi,  budaya,  maritim,  alam  sekitar  dan
      keselamatan di Asia Tenggara. Berdasarkan pendekatan antara disiplin, pelajar mengambil kursus- kursus teras termasuk satu bahasa

      Asia  Tenggara.  Pelajar  tahun  akhir  perlu  menghasilkan  satu  kertas  penyelidikan  mengenai  salah  satu  tema  berikut:  politik,  ekonomi,
      sosio-budaya,  seni  persembahan,  ASEAN,  pembandaran,  ekonomi  maritim  dan  isu  kontemporari  di  Asia  Tenggara.  Kurikulum  baharu

      program Sarjana Muda Sastera Pengajian Asia Tenggara memberi tumpuan terhadap pengajian keserantauan dalam konteks Matlamat
      Pembangunan  Mampan  (SDG-  Sustainable  Development  Goals)  dan  melengkapkan  pelajar  dengan  pelbagai  kemahiran  insaniah  yang

      penting.  Ini  dapat  menghasilkan  graduan  yang  berupaya  mengaplikasi  dan  mengadaptasi  pengetahuan  dalam  konteks  pembangunan
      kontemporari  regional  dan  global  serta  memberi  sumbangan  yang  besar  kepada  kesejahteraan  masyarakat.  Graduan  Pengajian  Asia

      Tenggara  berkemampuan  berkhidmat  di  sektor  awam  dan  swasta.  Kebanyakan  graduan  JPAT  bekerja  sebagai  pegawai  kedutaan,
      penasihat ekonomi, pensyarah, pengarang, wartawan, aktivis, penganalisis polisi, penyelidik pasaran, pengurus bank, pegawai kastam

      dan  imigresen,  pegawai  sektor  awam  Malaysia  dan  penyelidik  bersama  agensi  kerajaan  dan  badan  bukan  kerajaan.  Alumni  tersohor

      Jabatan Pengajian Asia Tenggara termasuk Dato’ Jojie Samuel, Duta Malaysia ke Thailand, dan Allahyarham Profesor Dato’ Dr. Shaharil
      Talib, sejarawan terkemuka Malaysia.

         The Department of Southeast Asian Studies (DSEAS), Faculty of Arts and Social Sciences, University Malaya was established in 1975 in
      accordance  with  one  of  the  objectives  of  the  1967  ASEAN  Declaration,  namely  to  promote  Southeast  Asian  studies.  DSEAS  is  the  only

      department in Malaysia offering undergraduate and postgraduate programes in Southeast Asian studies. The Bachelor of Arts in Southeast
      Asian  Studies  programme  is  a  platform  for  the  development  of  teaching  and  learning,  emphasizing  an  intensive  study  of  the  region

      comprising its politics, economy, culture, maritime, environment and security. Based on an inter- disciplinary approach, students take core
      subjects including a Southeast Asian language. Students in the final year of study produce a research paper on any of the following themes:

      politics, economy, socio-culture, performing arts, ASEAN, urbanization, maritime economy and contemporary issues in Southeast Asia. The
      new  curriculum  of  the  Bachelor  of  Arts  in  Southeast  Asian  Studies  programme  focuses  on  regional  knowledge  in  the  context  of  the

      Sustainable Development Goals (SDG) and the equipping of students with various essential soft skills. This will produce graduates who are

      able  to  apply  and  adapt  knowledge  in  the  context  of  contemporary  regional  and  global  developments  as  well  as  make  significant
      contributions to the wellbeing of society. Graduates of Southeast Asian Studies are employable in the public and private sectors. Most of the

      graduates  of  the  department  are  employed  as  ambassadorial  officers,  economic  advisors,  lecturers,  journalists,  writers,  activists,  policy
      analysts, market researchers, bankers, officers in the customs and immigration sectors, civil servants and researchers in government as well

      as  nongovernmental  organizations.  Among  notable  alumni  of  the  Department  of  Southeast  Asian  Studies  include  Dato’  Jojie  Samuel,
      Ambassador of Malaysia to Thailand, and the late Professor Dato’ Dr. Shaharil Talib, eminent historian of Malaysia.
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122