Page 303 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 303
Sinopsis Kursus Teras
Core Courses Synopsis
AIM2002
Penyuntingan
Editing
Kursus ini membincangkan kaedah membuat penyuntingan dan pembacaan pruf untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Tumpuan
adalah pada penyempurnaan manuskrip sama ada skrip untuk media cetak, elektronik atau media baharu, kaedah untuk pemantapan
manuskrip dari peringkat paling dasar (editing bahasa, scene & web design) hinggalah proses terakhir (produk). Pelajar dibantu dan
dipandu untuk menganalisis dengan cara membetulkan manuskrip mengikut skil penandaan pruf (Chicago Manual/Gaya Dewan).
This course discusses editing and proofreading methods for creating publication products of quality. Attention will be given to the
process of finalizing manuscripts for print, electronic media and new media. Students will also be taught how to strengthen manuscripts
from the most basic level (language editing, scene & web design) up to final process (product). General editing methods (language,
scenes and web designs) till a final product is achieved. Students will also be assisted and guided in analysing to make correction on
manuscripts based on proof marking skills (Chicago Manual/Gaya Dewan).
AIM2003
Media, Budaya dan Masyarakat
Media, Culture and Society
Kursus ini bertindak sebagai platform kepada pelajar untuk menghalusi peranan dan hubungan media dalam proses pembentukan
budaya dan masyarakat. Ia melatih pelajar menggunakan pendekatan kritis untuk menghargai penggunaan media dalam persekitaran
lanskap politik, ekonomi, budaya; dan pembangunan negara pada abad ke 21. Pelajar juga akan menggunakan kaedah penyelidikan
lapangan untuk menilai dan merekod perkaitan dan pengaruh media dalam konteks kehidupan seharian.
This course is a platform for students to delve into the role of media in the process of cultural formation and media’s relationship to
society. It will train students to use critical approach to appreciate media usage within the surrounding of political landscape, economy,
and culture; and national development in the 21st century. Student will also use ethnographic methods to assess and record the
association and influence of media in the context of everyday life.
AIM2004
Kertas Projek 1
Project Paper 1
Kursus ini bertujuan untuk melatih pelajar menghasilkan projek media bersepadu yang lengkap secara individu. Pelajar, secara
individu, akan menghuraikan proses projek media melalui disiplin terpilih dan aplikasi yang berkaitan.
The purpose of this subject is to train students to produce completed integrated media project. Individually, students will describe the
process of integrated media project based on selected discipline and related application.