Page 316 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 316

Rancangan Pengajian Gender
                                      Gender Studies Programme







            Program Pengajian Gender (RPG) telah ditubuhkan secara rasminya pada sesi akademik 1994/1995. Ianya adalah yang pertama
       di Malaysia menawarkan pengajian gender secara sistematik pada peringkat ijazah dasar untuk memenuhi keperluan Negara dalam
       mengarusperdanakan gender sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (SDG) 5 untuk
       mencapai kesaksamaan gender.
       Program  multidisiplin  ini  menawarkan  pelbagai  kursus  termasuk  mengenai  keluarga,  pekerjaan,  pembangunan,  agama,  politik,
       media, undang-undang, kelelakian, seksualiti dan sains dan teknologi dengan gender sebagai lensa analisis utama. Kursus-kursus
       tersebut  mendalami  isu-isu  gender  dalam  masyarakat  kontemporari  di  Malaysia  dan  secara  global  dari  stereotaip  gender,
       keganasan berasaskan gender, kesan COVID-19 berasaskan gender, diskriminasi di tempat kerja ke amnya hubungan kuasa gender
       yang tidak seimbang di pelbagai institusi dan persilangannya dengan dimensi lain, misalnya, kelas, etnik, dan kewarganegaraan.
       Bukan itu sahaja, maklumbalas polisi kepada isu-isu tersebut juga diterokai.

       Program ini terserlah dengan pakar gender yang diundang untuk menyumbang kepada dasar dan program tentang isu-isu gender
       oleh badan bukan kerajaan, pihak industri dan juga badan bukan kerajaan. Ianya termasuklah sebagai ahli pasukan projek khas
       untuk  menggubal  Akta  Anti  Gangguan  Seksual  di  Malaysia  dan  menyemak  kod  untuk  menangani  gangguan  seksual  di  Universiti
       Malaya. Mereka juga diundang oleh pihak media untuk mengulas topik gender dari masa ke semasa.
       Pada  peringkat  ijazah  dasar  RPG  menawarkan  program  elektif  pengkhususan  dan  elektif.  Selain  daripada  program  Sarjana  dan
       Doktoral secara penyelidikan, RPG akan menawarkan satu- satunya Sarjana dalam Pengajian Gender secara berkursus di Malaysia
       pada  Oktober  2022/2023.  Beberapa  alumni  cemerlang,  misalnya  adalah  seperti  Sharifah  Shazana  binti  Syed  Salim  Agha,  Ketua
       Penyelidikan,  Pertubuhan  Pertolongan  Wanita,  Mini  Panggi,  Pengarah,  Bahagian  Pelaksanaan  Dasar  Wanita,  Kementerian
       Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rizal Rozhan, Penolong Naib Presiden, Impact Malaysia, Kementerian Belia dan
       Sukan dan Dr Lee Lee Loh Ludher, Naib Canselor, Universiti untuk Pendidikan dan Pembangunan di Battambang, Kemboja.




            The Gender Studies Program (GSP) was officially established in the academic session 1994/1995. It is the first in Malaysia to offer
       a systematic undergraduate program in gender studies to meet the needs of the nation to mainstream gender and is in line with the
       United Nations Sustainable Development Goal (SDG) 5 to achieve gender equality.

       The  multidisciplinary  program  offers  various  courses  including  on  family,  work,  development,  religion,  politics,  media,  law,
       masculinity, sexuality and science and technology with gender as the main analytical tool. These courses address gender issues in
       contemporary  Malaysian  society  and  globally  from  gender  stereotypes,  gender-based  violence,  gendered  impact  of  COVID-19,
       discrimination at work to generally unequal gender power relations in various institutions as it intersects with other dimensions, for
       example, class, ethnicity and citizenship. Significantly, policy responses for redressal are also explored.
       The program stands out with gender experts who have been invited to contribute to policy and program on gender issues by non-
       governmental organizations, the industry and the government. This includes being the member of the special project team to enact
       the Anti Sexual Harassment Act in Malaysia and reviewing the code to handle sexual harassment in Universiti Malaya. They are also
       invited by the media to comment on gender topics from time to time.
       At the undergraduate level the program offers an elective specialization and an elective program. Other than its current Masters and
       Doctoral  program  by  research,  the  GSP  is  offering  the  first  Masters  in  Gender  Studies  by  coursework  in  Malaysia  in  October
       2022/2023. Some notable alumni are Sharifah Shazana binti Syed Salim Agha, Head of Research, Women’s Aid Organization, Mini
       Panggi,  Director,  Women  Policy  Implementation  Division,  Ministry  of  Women,  Family  and  Community  Development,  Rizal  Rozhan,
       Assistant Vice-President, Impact Malaysia, Ministry of Youth and Sports and Dr Lee Lee Loh Ludher, Vice Chancellor, University for
       Education and Development at Battambang, Cambodia.
   311   312   313   314   315   316   317