Page 2 - Q1 V1 RESEARCH@FASS
P. 2

Consultancy@FASS



                                    BANCI SOSIOEKONOMI NELAYAN
                               DAN DATA ISI RUMAH (SENDI) KETIGA
                                                     2017/2018

                                LEMBAGA KEMAJUAN IKAN Malaysia


       Dua  orang  penyelidik  (Profesor  Madya  Dr.  Thirunaukarasu  Subramaniam  dan  Dr.  Mazlan  Majid)
       daripada Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera dan Sains Sosial telah berjaya menyiapkan
       satu projek perundingan berjumlah RM219,000.00 daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk di
       bawah Banci Sosioekonomi Nelayan dan Data Isi Rumah (SENDI) Ketiga, 2017/2018, Lembaga Kemajuan
       Ikan  Malaysia  (LKIM).  Projek  perundingan  ini  telah  disiapkan  pada  bulan  Jun  2020.  Banci  SENDI
       2017/2018 LKIM menggariskan empat objektif iaitu untuk mengkaji tahap pendapatan dan aset yang
       dimiliki  nelayan;  mengkaji  tahap  kebergantungan  terhadap  pekerjaan  dan  tahap  produktiviti
       penangkapan  ikan;  mengkaji  tahap  sosio-ekonomi  dan  kualiti  hidup  nelayan  serta  keluarga;  dan
       mengkaji  tahap  penerimaan  nelayan  dan  kesan  bantuan  atau  program  pembangunan  yang  telah
       disalurkan  oleh  kerajaan.  Data  banci  berkenaan  telah  diperoleh  daripada  51,608  orang  nelayan
       tempatan dari seluruh Malaysia.



       (Laporan disediakan oleh Dr. Mazlan Majid, Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera & Sains Sosial)


               KAJIAN PERUNDINGAN INDEKS KESEJAHTERAAN SOSIAL
                                    NEGERI SARAWAK 2019-2020


        Kerja  perundingan  ini  tercetus  daripada  keperluan  Kerajaan  Negeri  Sarawak,  menerusi  Majlis
        Pembangunan  Sosial  Sarawak  nya  untuk  mengukur  tahap  kesejahteraan  sosial  hidup  rakyatnya.
        Inisiatif  ini  diambil  oleh  pihak  kerajaan  negeri  Sarawak  bertujuan  untuk  mempertingkatkan
        kesejahteraan hidup rakyatnya ekoran daripada laporan dan kajian agensi kerajaan persekutuan yang
        menunjukkan  tahap  kesejahteraan  hidup  rakyat  Sarawak  (spt.,  Indeks  Kesejahteraan  Keluarga
        Malaysia, tahap kemiskinan, indeks jenayah) berada pada tahap rendah dan membimbangkan. Kajian
        perundingan yang ditaja oleh Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan
        Pembangunan Kanak-kanak, Sarawak ini telah diketuai oleh Profesor Dr Siti Hajar Abu Bakar Ah. Para
        perunding  lain  yang  terlibat  dalam  kajian  ini  adalah  Profesor  Madya  Dr  Haris  Abdul  Wahab,  Dr
        Noralina  Omar,  Dr  Mashitah  Hamidi,  Dr  Zaiton  Azman,  Dr  Dolly  Paul  Carlo  (Program  Kerja  Sosial,
        UNIMAS)  dan  Dr  Leong  Siow  Hoo  (UiTM,  Kuching,  Sarawak).  Kerja  perundingan  ini  melibatkan  satu
        kerja  lapangan  besar-besaran  mencakupi  segenap  aspek  fizikal  dan  sosial  negeri  Sarawak;  iaitu  ia
        melibatkan  kesemua  etnik  utama  dan  etnik  minoriti  Sarawak.  Dapatan  kajian  menunjukkan  tahap
        kesejahteraan  sosial  negeri  Sarawak  berada  pada  tahap  sederhana.  Output  utama  daripada  kajian
        perundingan ini adalah penderafan satu pelan tindakan transformasi bagi meningkatkan lagi kualiti
        hidup  rakyat  negeri  Sarawak.  Kerajaan  negeri  Sarawak  beriltizam  untuk  merealisasikan  input-input
        signifikan ini dengan melabur secara bijak dalam program-program intervensi sosial yang disyorkan
        oleh  kerja  perundingan  ini,  agar  kesejahteraan  sosial  negeri  Sarawak  terjamin,  terpulihara  dan
        terlestari.



        (Laporan disediakan oleh Prof. Dr. Siti Hajar Abu Bakar Ah, Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti
        Sastera & Sains Sosial)













      2     /  R  E  S  E  A  R  C  H  @  F  A  S  S
   1   2   3   4   5   6   7