Page 11 - tinta julai2017
P. 11

Parlimen



                                                                                                              11











               Mahasiswa 2017









            Program  Parlimen  Mahasiswa  merupakan  program  tahunan  Kementerian  Pendidikan  Tinggi  (KPT),
            Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) dan Parlimen Malaysia ini bertujuan untuk mendedahkan
            para mahasiswa pengalaman berbahas dan melontarkan pandangan di dalam dewan Parlimen sebenar.
            Bermula dari 14 – 17 Julai, peserta-peserta telah dimulakan dengan bengkel/simulasi sidang parlimen
            pada 14 hingga 16 Julai 2017 diikuti raptai pada 17 Julai dan dua hari persidangan pada 18 dan 19 Julai
            yang diadakan di Galeri Parlimen. Dua isu yang disentuh sepanjang dua hari persidangan adalah berkai-
            tan Mereka Bentuk Pendidikan Tinggi (Redesigning Higher Education) dan Transformasi Nasional 2050
            (TN50). Ucapan penggulungan sepenuhnya telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri
            Pendidikan Tinggi. Seramai 10 orang mahasiswa dari Universiti Malaya telah terpilih untuk menyertai
            program  ini  dan  Parlimen  Mahasiswa  2017  telah  selesai  bersidang  dengan  penyertaan  seramai  212
            orang mahasiswa daripada 20 Universiti Awam (UA) dan 6 Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16