Page 3 - tinta julai2017
P. 3

SEKALUNG BICARA




               setitis tinta




               TIMBALAN NAIB CANSELOR
               HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI






               Suasana  kampus pada  bulan  Julai  semakin rancak
               dengan  sambutan  Hari  Raya  Aidilfitri.  Pejabat
               Pentadbiran Alumni  telah mengadakan sambutan
               Hari Raya Aidilfitri bersama alumni-alumni universiti
               yang tercinta ini. Majlis Felo bersama HEPA baru-baru
               ini  turut telah  menjalankan  program Pertandingan
               Boling  Raya  yang  melibatkan  Pengetua  dan  Felo
               kolej-kolej  kediaman.  Ternyata  program  yang
               memberikan kelainan itu mendapat sambutan yang
               memberangsangkan.

               Selain   itu,   persiapan   pegawai-pegawai   dan
               staf-staf  HEPA  dalam    menyambut  mahasiswa-
               mahasiswa  baharu  semasa  Minggu  Haluan  Siswa
               sesi  2017/2018  turut  mewarnai  kehidupan  di  kampus.  Pelbagai  program  dan  aktiviti  yang  bermanfaat
               disediakan  kepada  mereka  bagi  memudahkan  mahasiswa  baru  ini  mengharungi  kehidupan  di  kampus.
               Kehadiran  Pemudahcara  Mahasiswa  Kolej  Kediaman  dan  Sentral  dalam  membantu  persiapan  dan
               kelancaran  MHS  banyak  membantu  HEPA  dari  aspek  penyelarasan  di  antara  kolej  kediaman  dan  juga  diperingkat
               sentral.  Diharapkan  segala  aktiviti  dan  program  yang  dirancangkan  dapat  menjadi  panduan  kepada  mereka.
               Pada  bulan  ini  juga  pelajar-pelajar  akan  menerima  keputusan  peperiksaan  Semester  2  sesi  2016/2017.  Semoga
               pelajar-pelajar  menerima  keputusan  peperiksaan  yang  membanggakan  dan  mampu  memberi  semangat  untuk
               menempa kejayaan pada masa akan datang dan juga meningkatkan lagi imej Universiti Malaya di peringkat yang lebih
               tinggi.


               Sekian terima kasih.











               YBhg. Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof
               Timbalan Naib Canselor
               Hal Ehwal Pelajar & Alumni
               Universiti Malaya
   1   2   3   4   5   6   7   8