Page 17 - tinta mei2017
P. 17

Kehidupan  seharian  mahasiswa  Universiti  Malaya  (UM)  yang
                                                  berada  di  tengah-tengah  hiruk-pikuk  ibukota,  kerap  kali
                                                  mendesak mahasiswa untuk mencari ketenangan diri. Ditambah
                                                  pula  dengan  tuntutan  keperluan  diri  dan  pelajaran  yang  tidak
                                                  berhenti, ramai mahasiswa mula mencari penyelesaian alternatif
                                                  di dalam konteks yang sihat.


                                                  Sehubungan  itu,  sekumpulan  13  orang  mahasiswa  dari  Kolej
                                                  Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, UM telah mengambil keputusan
                                                  untuk  mendaki  Gunung  Nuang,  Hulu  Langat,  baru-baru  ini.
                                                  Puncak tertinggi di Selangor ini boleh didaki melalui beberapa
                                                  laluan, dan kumpulan mahasiswa ini memilih untuk memulakan
                                                  pendakian  melalui  arah  yang  lebih  hampir  dengan  kampus,
                                                  iaitu melalui Hulu Langat yang terletak kira-kira 40km dari Kuala
                                                  Lumpur.

                                                  “Kami  memilih  Gunung  Nuang  kerana  bukan  sahaja  kerana
                                                  lokasinya yang hampir dengan UM, namun kerana keadaan muka
                                                  buminya  yang  mencabar  kemampuan  fizikal  peserta,  walau-
   12   13   14   15   16   17   18   19