Page 3 - tinta ogos2017
P. 3

SEKALUNG BICARA




               setitis tinta




               TIMBALAN NAIB CANSELOR
               HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI






               Sempena  bulan  kemerdekaan  ini  pelbagai  aktiviti
               telah  dijalankan.  Antara  aktiviti  yang  terbesar  pada
               bulan ini adalah kursus akhir Pemudahcara Mahasiswa
               dan seterusnya penganugerahan watikah perlantikan
               kepada  semua  bakal  Pemudahcara  Mahasiwa  bagi
               Minggu  Haluansiswa  yang  akan  bermula  pada
               3  September  2017. Setelah mengharungi pelbagai
               kursus dan latihan sama ada daripada kolej dan juga
               pihak HEPA, para Pemudahcara Mahasiswa ini telah
               bersedia mental dan fizikal bagi menghadapi Minggu
               Haluansiswa  Universiti  Malaya  sesi  2017/2018.
               Tema  Minggu  Haluansiswa  bagi  sesi  kali  ini  adalah
               ‘Mahasiswa  Tonggak  Transformasi  Nasional’  adalah
               tema   yang   paling   sesuai   bagi   menyahut
               Transformasi  Nasional  50  (TN50)  yang  diumumkan  oleh  Dato’  Seri  Mohammad  Najib  bin  Tun  Abdul  Razak  sebagai
               aspirasi negara pada awal tahun ini.

               Akhir  kata,  selamat  datang  kepada  pelajar-pelajar  baharu  Universiti  Malaya  sesi  2017/2018,  gunakanlah
               segala  peluang  dan  ruang  yang  ada  di  Universiti  Malaya  ini  agar  menjadi  insan  yang  holistic  dan  berjasa
               kepada negara demi masa depan generasi akan datang. Sekian.



               Sekian terima kasih.











               YBhg. Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof
               Timbalan Naib Canselor
               Hal Ehwal Pelajar & Alumni
               Universiti Malaya
   1   2   3   4   5   6   7   8