Page 3 - E-TINTA april
P. 3

SEKALUNG BICARA




               setitis tinta




               TIMBALAN NAIB CANSELOR
               HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI






               Alhamdulillah, penerbitan E-Tinta HEPA telah masuk
               ke  edisi  yang  ke  4  dan  pelbagai  program  telah
               dijalankan diperingkat HEPA  dan  juga kolej-kolej
               kediaman. Antara program yang dijalankan di peringkat
               HEPA  seperti  LEAD  1:  Trasnformasi  Nilai,  Minda
               &  Fizikal  anjuran  Sekretariat  Majlis  Kepimpinan
               &  Latihan  Universiti  Malaysia  (MAKLUM)  di
               Terengganu  yang  menghimpunkan  bakal-bakal
               pemimpin  pelajar  dari  semua  universiti  awam  di
               Malaysia  dan  juga  program  Career  Path  2017  yang
               telah  berjaya  mengumpulkan  57  buah  syarikat
               awam  &  swasta  di  Universiti  Malaya.  Manakala
               diperingkat kolej-kolej  kediaman  pula,  antara acara
               yang  dinanti-nantikan  seperti  malam  anugerah
               dimana  pelajar-pelajar  akan  diiktiraf  di  atas  setiap  pencapaian  terbaik  mereka  sepanjang  sesi  pengajian  tahun
               semasa.  Program-program  yang  dijalankan  ini  secara  tidak  langsung  menambah  nilai  kemahiran  insaniah  pelajar-
               pelajar seperti kemahiran memimpin, penyelesaian masalah dan menimba pengalaman baru dalam kehidupan mereka.

               Akhir  kata,  semoga  aktiviti-aktiviti  yang  dijalankan  ini  mampu  memberi  peluang  dan  ruang  kepada  pelajar-pelajar
               untuk  menjadi  mahasiswa  yang  holistik  dan  berdaya  saing  untuk  menjadi  bekalan  semasa  mengharungi  kehidupan
               kampus mereka.

               Sekian terima kasih.











               YBhg. Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof
               Timbalan Naib Canselor
               Hal Ehwal Pelajar & Alumni
               Universiti Malaya
   1   2   3   4   5   6   7   8