Page 3 - E-TINTA mac
P. 3

SEKALUNG BICARA




               setitis tinta




               TIMBALAN NAIB CANSELOR
               HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI






               Kampus kembali ceria dengan pelbagai aktiviti yang
               dijalankan  sama  ada  di  peringkat  kolej  mahupun
               universiti.  Pada  bulan  ini  juga  berakhirnya  dua
               aktiviti  kesenian  pelajar  yang  berskala  besar  iaitu
               Karnival  Teater  dan  Festival  Seni  Universiti
               Malaya. Tahniah diucapkan kepada para pelajar den-
               gan  sokongan  penuh  daripada  kolej-kolej  kediaman
               untuk  menyertai  aktiviti  kesenian  tersebut.  Perkara
               ini seharusnya membantu para pelajar mengembang-
               kan bakat mereka yang sedia ada di samping memberi
               pengalaman  kepada  mereka  untuk  bertanding  di
               dalam  sesuatu  pertandingan.  Festival  Seni  dan
               Karnival  Teater  ini  juga  berjaya  menarik  minat
               pengiat-penggiat teater di luar UM untuk sama-sama
               menyaksikan karya-karya yang dihasilkan oleh para pelajar.

               Aktiviti kesenian ini secara tidak langsung dapat membantu melonjakkan nama Universiti Malaya di peringkat kebangsaan.
               Kesibukan para pelajar dalam bidang akademik tidak menghalang mereka bergiat aktif dalam bidang lain selari dengan
               hasrat  universiti  untuk  melahirkan  pelajar-pelajar  yang  holistik.  Tidak  lupa  juga  kepada  staf-staf  Hal  Ehwal  Pelajar
               &  Alumni  dan  Pusat  Kebudayaan  yang  membantu  menjayakan  aktiviti  kesenian  ini.  Dengan  permulaan  semester
               yang  rancak,  diharap  pelajar-pelajar  akan  dapat  menghidupkan  suasana  di  dalam  kampus  agar  lebih  ceria  dan
               selesa  dalam  mengharungi  Semester  2  2016/2017  ini.  Diharapkan  juga  agar  pelajar  bergiat  aktif  dalam
               aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan pada masa yang sama mengekalkan kecemerlangan
               akademik masing-masing memandangkan sudah separuh dari tempoh semester dua telah berlalu.













               YBhg. Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof
               Timbalan Naib Canselor
               Hal Ehwal Pelajar & Alumni
               Universiti Malaya
   1   2   3   4   5   6   7   8